VIDEO: Proton Saga 2016 – ketelitian kejuruteraan

Tidak dapat dinafikan, Saga merupakan model paling penting bagi Proton, baik dari segi sejarah dan tradisinya mahupun dari segi jumlah jualan. Untuk itu, bagi model generasi ketiga yang dilancarkan September lalu, banyak peningkatan yang telah dilakukan terhadap model berkenaan. Paling utama, dari sudut kejuruteraan yang menyumbang kepada ketahanannya.

Jika sebelum ini Proton tempil dengan sebuah video pendek yang memberi penekanan kepada keselesaan dan kesenyapan kabin, di dalam siri video terbaharunya pula, Proton memaparkan penekanan terhadap sisi ketahanan dan kejuruteraan yang menjadi kekuatan Saga, yang menurut syarikat itu menjadi satu daripada kekuatan dan kebanggaan pengeluarnya.

proton-saga-engineering-bm-1

Antara yang disentuh ialah penawaran enjin 1.3 liter dengan ciri VVT yang lebih lasak dan jimat. Ia juga telah diuji dengan jarak tiga juta kilometer ketika proses pembangunannya. Dan untuk memastikan ketahanan serta prestasi yang berterusan, Saga sebagai sebuah unit kereta turut diuji berbulan-bulan untuk tujuan yang sama.

Ia sebuah sedan dengan nilai terbaik yang pernah Saga tawarkan. Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan model kebanggaan Proton ini, rujuk laporan pandu uji yang telah kami sediakan, atau tonton video ringkas lapan perkara menarik tentangnya.

GALERI: Proton Saga 1.3L Executive CVT

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 

Comments

  • Asrul Jazz on Nov 01, 2016 at 5:37 pm

    Saga adalah model ikonik Proton. Diharapkan ianya adalah platform yang sentiasa dipertingkatkan dan menjadi ikon kepada kejuruteraan Malaysia. Kalau pengeluar lain sibuk mengeluarkan Plug In Hybrid pada model tertinggi dan termahal, adalah satu impian jika Plug In Hybrid Malaysia Engineering dari Proton dikeluarkan untuk model Proton Saga yang dipertingkatkan. Tidak terlalu murah dan juga bukan dari kategori mewah.

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required