Tidak dapat dinafikan, Saga merupakan model paling penting bagi Proton, baik dari segi sejarah dan tradisinya mahupun dari segi jumlah jualan. Untuk itu, bagi model generasi ketiga yang dilancarkan September lalu, banyak peningkatan yang telah dilakukan terhadap model berkenaan. Paling utama, dari sudut kejuruteraan yang menyumbang kepada ketahanannya.

Jika sebelum ini Proton tempil dengan sebuah video pendek yang memberi penekanan kepada keselesaan dan kesenyapan kabin, di dalam siri video terbaharunya pula, Proton memaparkan penekanan terhadap sisi ketahanan dan kejuruteraan yang menjadi kekuatan Saga, yang menurut syarikat itu menjadi satu daripada kekuatan dan kebanggaan pengeluarnya.

proton-saga-engineering-bm-1

Antara yang disentuh ialah penawaran enjin 1.3 liter dengan ciri VVT yang lebih lasak dan jimat. Ia juga telah diuji dengan jarak tiga juta kilometer ketika proses pembangunannya. Dan untuk memastikan ketahanan serta prestasi yang berterusan, Saga sebagai sebuah unit kereta turut diuji berbulan-bulan untuk tujuan yang sama.

Ia sebuah sedan dengan nilai terbaik yang pernah Saga tawarkan. Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan model kebanggaan Proton ini, rujuk laporan pandu uji yang telah kami sediakan, atau tonton video ringkas lapan perkara menarik tentangnya.

GALERI: Proton Saga 1.3L Executive CVT