Harga siling bahan api setiap minggu lebih menguntungkan pengguna, bukan peruncit – PDAM

Harga siling bahan api setiap minggu lebih menguntungkan pengguna, bukan peruncit – PDAM

Keputusan kerajaan untuk mengumumkan harga siling bahan api pada setiap minggu mulai April ini tidak akan menguntungkan pengguna dalam tempoh waktu yang panjang, ujar Presiden Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia (PDAM) Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz.

Katanya lagi, harga akan turun-naik antara dua hingga tiga sen bagi setiap liter, di mana ia lebih menguntungkan para pengguna dalam jangka masa yang pendek, tetapi boleh menyebabkan perang harga antara peruncit, laporan The Sun.

Beliau turut mengingatkan peruncit kecil akan risiko kerugian termasuk terpaksa menutup perniagaan ekoran faktor persaingan ini, disebabkan para peruncit berskala besar akan lebih mendominasi pasaran.

“Jika ini yang terjadi, maka ia turut akan menjejaskan para pengguna,” ujarnya.

Menurut laporan Sin Chew Daily pula, Khairul berkata, semua pihak tahu keuntungan yang diperoleh pengusaha station minyak berkurangan sejak beberapa tahun kebelakangan ini berikutan keputusan kerajaan untuk menghentikan subsidi bahan api dengan memperkenalkan sistem pengapungan harga, di mana pihak kerajaan yang menentukan harganya.

Harga siling bahan api setiap minggu lebih menguntungkan pengguna, bukan peruncit – PDAM

“Ini belum termasuk lagi dengan peningkatan tarif elektrik dan dasar gaji minimum, yang menyebabkan ramai pengusaha terpaksa menutup operasi,” tambahnya lagi.

Beliau turut percaya langkah baharu tersebut juga tidak memberikan kesan terhadap pengguna luar bandar kerana para peruncit bahan api perlu mematuhi harga siling yang diumumkan oleh pihak kerajaan, walau pun di kawasan terbabit tidak begitu banyak persaingan.

“Mungkin hanya satu stesen minyak bagi setiap 10 km di kawasan kampung, berbanding lebih kurang lima stesen bagi setiap 5 km di kawasan urban. Maka disebabkan faktor ini, mungkin ia boleh menyebabkan banyak pengusaha terpaksa menghentikan operasi jika mereka dibenarkan menjual bahan api dengan harga yang lebih rendah berbanding harga siling.

“Langkah ini (pengumuman harga siling bahan api setiap minggu) mungkin memberikan peluang kepada para pengguna untuk mengetahui apa yang ditentukan oleh persatuan tetapi ia juga boleh mendatangkan kesan negatif terhadap pengguna dan pengusaha dalam tempoh jangka masa yang panjang,” ujarnya.

Hujung minggu lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainuddin, telah mengesahkan, pihak kerajaan memutuskan untuk mengumumkan harga siling bahan api pada setiap minggu, berbanding yang dilakukan sebelum ini pada hujung bulan. Katanya, ia akan dilaksanakan mulai April ini bagi memastikan pengguna mengetahuinya serta mengelak daripada berlaku keraguan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required