VIDEO: Sorotan Saga Cup pusingan pertama MSF 2017

Jika sebelum ini video soroton keseluruhan perlumbaan pusingan pertama Malaysia Speed Festival (MSF) yang berlangsung pada 26 Februari lalu di Litar Antarabangsa Sepang disiarkan, kini Proton Motorsport telah menyiarkan pula video sorotan untuk kategori antara yang paling hangat di MSF iaitu Saga Cup.

Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, divisi perlumbaan Proton iaitu Proton R3 telah menyediakan lapan buah Saga untuk kejohanan ini di bawah Program Perlumbaan Pelanggan R3. Program berkenaan memberikan akses kepada pelanggan untuk menggunakan khidmat Proton R3 dari penyediaan kereta hingga kepada khidmat krew perlumbaan dari R3 sendiri. Antara pelanggan yang menggunakan khidmat R3 untuk menyediakan ‘Super Saga’ mereka untuk perlumbaan ini adalah ahli dari Lotus Owners Club Malaysia (LOCM).

Kategori Saga Cup ini sebenarnya diinspirasikan dari perlumbaan Saga sejak era 90’an di Litar Batu Tiga Speedway Shah Alam serta Litar Pasir Gudang Johor Bahru, menyaksikan ramai bakat tempatan dicungkil dan kemudian menyinar di peringkat antarabangsa seperti bekas pelumba F1 Alex Yoong, serta Prince of Drift – Tengku Djan Ley.

Undang-undang yang ditetapkan oleh MSF untuk kategori ini agak sama dengan perlumbaan terdahulu di mana setiap jentera bertanding perlu menggunakan enjin asal Saga iaitu 4G1X dengan kapasiti di bawah 1,500 cc, kotak gear OEM dengan kelengkapan klac asal (nisbah gear boleh diubah tetapi penggunaan gear straight-cut adalah dilarang), cakera dan angkup brek OEM, serta penggunaan unit karburator asal Saga untuk enjin Megavalve. Kesemua jentera juga perlu menggunakan tayar yang dibekalkan oleh Hankook pada perlumbaan musim ini.

VIDEO: Sorotan Saga Cup pusingan pertama MSF 2017

Peraturan ini dirangka bukan sahaja untuk mengekalkan Saga Cup sebagai perlumbaan bajet rendah, ia juga akan mengerah kreativiti pasukan untuk menala jentera masing-masing dengan hanya kelengkapan asas serta memaksa pemandu berlumba dengan kemahiran tertinggi untuk memenangi perlumbaan memandangkan kesemua jentera dihadkan dengan spesifikasi yang sama.

Oleh itu, dapat disaksikan dalam video ini, Saga Cup benar-benar menghidangkan aksi ‘dog fight’ yang penuh dengan aksi ‘cucuk angin’ dan potong-memotong sehingga terjadinya berberapa insiden termasuk terdapat jentera yang terbalik sepenuhnya.

Bagi kategori Saga Cup Expert, Boy Wong dari pasukan ST Wangan memenangi kedua-dua perlumbaan pada hari tersebut. Dengan ketiadaan Tengku Djan Ley dan pelumba GT Farique Hairuman pada perlumbaan kali ini mungkin sedikit memudahkan tugas Wong. Beliau turut dapat mengekalkan jaraknya dengan jentera-jentera lebih laju dalam kategori Super 1,500 NA pada perlumbaan pertama.

Malaysia Speed Festival akan kembali ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) untuk pusingan kedua pada 16 April ini. Seperti juga pusingan sebelum ini, Tiket untuk padok dijual pada harga RM20 sebelum pukul 11 pagi pada hari perlumbaan, dan RM35 selepas waktu tersebut. Untuk maklumat lanjut dan keputusan penuh perlumbaan, layari laman sesawang rasmi MSF Racing atau laman Facebook rasmi mereka.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required