VIDEO: Aksi pemandu Perodua Myvi hampir melanggar penunggang motosikal di lorong kecemasan di Lebuhraya NKVE petang semalam

Video yang sedang menjadi tular di laman media sosial ini memaparkan sebuah Perodua Myvi hampir melanggar seorang penunggang motosikal yang menggunakan lorong kcemasan. Ia dirakamkan menerusi kamera Go Pro oleh sahabat kepada Ben Jai semasa dia menunggang motosikal di Lebuhraya NKVE berhampiran susur Damansara menuju ke Subang petang semalam.

Menurut tayangan video ini, pemandu Myvi putih berkenaan dilihat menggunakan lorong kecemasan ketika semua lorong di lebuhraya terbabit sesak berikutan masa puncak dan kemudian bertukar ke lorong kiri apabila ada sebuah MPV lain berhenti di laluan kecemasan tersebut.

Kemudian kelihatan seorang penunggang motosikal sedang cuba melewati Myvi berkenan dan secara tiba-tiba pemandu terbabit cuba untuk kembali ke lorong kecemasan sehingga hampir-hampir melanggar penunggang motosikal terbabit. Aksi tersebut turut mengundang amarah penunggang motosikal terbabit apabila dia dilihat menendang cermin sisi sebelah kiri Myvi tersebut.

Nampak gayanya masih ramai lagi pemandu kenderaan yang ingkar dengan undang-undang jalan raya dengan menggunakan lorong kecemasan untuk cepat sampai ke destinasi. Walau pun sebelum ini terdapat beberapa insiden yang membabitkan kenderaan mengikut lorong kecemasan, termasuk kes ambulans lambat sampai ke lokasi kemalangan di Melaka pada tahun lalu hingga membuatkan mangsa kemalangan terbabit gagal diselamatkan.

Malah pada tahun lalu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memberi amaran keras kepada mereka yang menyalahgunakan lorong kecemasan termasuk tidak lagi mengeluarkan kompaun RM300 sebaliknya akan terus didakwa di mahkamah.Kesemua saman trafik yang dikeluarkan di bawah Peraturan 53 Undang-undang Trafik Jalan Raya 1959 yang membawa saman tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak kurang dari setahun dan akan dihadapkan ke mahkamah tidak lama lagi.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • hanep on Apr 21, 2017 at 6:33 pm

    it’s my daily route as well and i think i’m noticed this driver on emergency lane. got 2 other car (crv and audi a4) as well at the back as i’m at back side. didnt notice the above thing but this myvi droves so fast in emergency lane

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • No Kinte on Apr 22, 2017 at 5:06 pm

    This either is Kinte or CKT for sure.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required