Volvo V40 T5 Inscription facelift 2017 untuk pasaran Malaysia dilancarkan – harga bermula dari RM181k

Volvo V40 T5 Inscription facelift 2017 untuk pasaran Malaysia dilancarkan – harga bermula dari RM181k

Volvo Car Malaysia (VCM) hari ini memperkenalkan penawaran terbaru bagi model V40 untuk pasaran Malaysia – dalam penampilan facelift terkini iaitu Volvo V40 T5 Inscription. Perubahan yang diberikan terhadap model berkenaan kini menjadikannya lebih dekat dengan imej yang dibawa oleh Siri 90 jenama itu – sentuhan yang diwarisi daripada XC90, S90 dan V90.

Dua perkara yang memberikan kesegaran terhadap model ini terletak pada wajah depannya; kini dengan penggunaan gril Inscription yang turut disertakan dengan Volvo Iron Mark dengan rekaan baru yang tiada sebelum ini pada hatchback V40. Selain itu, versi ini juga turut menerima lampu depan Thor’s Hammer, yang berhasil mengubah imej bahagian depannya.

Tambahan terbaru lainnya termasuk lambang Inscription yang pertama kali digunakan pada model XC90. Inscription menampilkan tahap trim tertinggi (Kinetic, Momentum dan Inscription) bagi barisan kenderaan Volvo yang dipasarkan.

Ruang dalaman juga turut menerima membaharuan. Antaranya kemasan Milled Aluminium kini menggantikan kemasan Shimmer Graphite, serta tambahan kepada tread plate Inscription. Lambang Volvo Iron Mark baru itu juga akan turut digantikan pada keseluruhan kenderaan, termasuk pada stereng, paparan Sensus serta pada kuncinya.

Kebersihan udara dalam kabin juga terjamin dengan penyertaan ciri Cleanzone – lambangnya tertera pada panel instrumen serta corong pendingin hawa. Sistem ini berfungsi dengan menapis udara dari luar yang masuk ke dalam kabin sebaiknya, mengasingkan bahan cemar yang ada.

Volvo V40 T5 Inscription bagaimanapun mengekalkan unit janaan Drive-E dengan kuasa 245 hp dan 350 Nm tork, dan disalurkan melalui kotak gear lapan-kelajuan. Ini memberikannya kemampuan pecutan 0-100 km/j dalam masa 6.3 saat.

Volvo V40 T5 Inscription facelift 2017 untuk pasaran Malaysia dilancarkan – harga bermula dari RM181k

Selain itu, sinonim dengan jenama Volvo, model ini juga akan dilengkapi dengan sistem keselamatan termaju. Ini merangkumi City System; yang menurut Volvo merujuk kepada ciri dan teknologi Autonomous Emergency Braking (AEB) atau Collision Avoidance and Mitigation. Selebihnya, ia dilengkapi dengan pakej teknologi keselamatan penuh termasuk Blind Spot Information System (BLIS), Park Assist Pilot (PAP) serta Cross Traffic Alert (CTA)

Volvo V40 T5 Inscription 2017 ini akan dijual pada harga RM180,888 termasuk GST – tetapi tidak termasuk insurans. Empat pilihan warna ditawarkan kepada pelanggan; Luminous Sand (baru), Ice White, Onxy Black dan Osmium Grey. Varian Volvo V40 T4 turut dijangka akan diperkenalkan nanti. Menurut VCM lagi, aksesori serta naik taraf Polestar turut akan ditawarkan bagi kenderaan ini. Anda juga boleh melihat lebih lanjut berkenaan kereta ini di CarBase.my.


Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 

Comments

  • Kergswede on Jun 20, 2017 at 11:17 am

    So this for 180k, well im sold ..this over kia optima gt..this is miles better

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required