VIDEO: Volvo Polestar – mengapa kami berlumba?

Bulan lalu, pasukan Volvo Polestar Cyan Racing telah mengungguli pusingan World Touring Car Championship (WTCC) 2017 di litar Nurburgring, Jerman. Pemandu utama Thed Björk menang perlumbaan pertama manakala rakan sepasukannya Nicky Catsburg pula menang pada perlumbaan kedua.

Keputusan berkenaan bukan sahaja meletakkan Thed Björk di tempat pertama carta pungutan mata untuk gelaran kejuaraan dunia, malah turut menjadikan Polestar Cyan Racing sebagai pendahulu kejuaraan untuk kategori pengeluar, meninggalkan Honda di tempat kedua dengan perbezaan 40 mata.

Menurut Volvo, untuk berada pada peringkat ini, mereka telah berusaha dalam dunia perlumbaan lebih dari 30 tahun bermula dengan Volvo 240 Turbo yang telah merangkul gelaran Kejohanan Touring Car Eropah (ETCC) 1985, kejohanan DTM Jerman juga pada tahun yang sama serta menjuarai Kejohanan Touring Car Australia (kini dikenali sebagai Kejohanan V8 Supercar Australia) untuk musim 1986.

Selepas itu, Volvo terus beraksi cemerlang dalam pelbagai kejuaraan Touring Car termasuk British Touring Car Championship (BTCC), V8 Supercar Australia dan juga WTCC sendiri, menampilkan pelbagai model ikoniknya seperti 850 Estate, S40, C30 dan juga S60.

Sebenarnya, mengapa Volvo begitu serius untuk berlumba? Menurut jenama Scandinavia tersebut, perlumbaan bermaksud memaksa sesuatu perkara tersebut keperingkat ekstrem, sama ada untuk komponen, pemandu dan juga falsafah. Menerusi perlumbaan, banyak penemuan baharu ditemui dan dipelajari setelah memaksa aspek-aspek berkenaan ke tahap paling maksima.

Untuk musim WTCC 2017, Volvo mensasarkan untuk menjadi juara menerusi jentera perlumbaan S60 Polestar Cyan Racing mereka. Jentera perlumbaan tersebut sebenarnya berkongsi pelbagai komponen yang sama dengan model produksi jalanan biasa Volvo S60 Polestar dan V60 Polestar, termasuk enjin, suspensi serta sistem brek.

Pelumba dan jurutera-jurutera Polestar Cyan Racing juga bekerjasama sama rapat dengan divisi kereta produksi biasa Polestar untuk memindahkan teknologi dan falsafah dari litar perlumbaan kepada model produksi yang dijual pada pasaran umum. Ini merupakan sebab utama mengapa mereka berlumba; untuk menghasilkan kereta berprestasi tinggi yang lahir dari dunia perlumbaan sebenar.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required