Lebuhraya Malaysia bertaraf dunia – laporan

Lebuhraya Malaysia bertaraf dunia – laporan

Untungnya rakyat Malaysia apabila dilaporkan kualiti lebuhraya di negara ini menepati piawaian dan setaraf dengan negara-negara maju yang lain, sekaligus menolak dakwaan yang menyatakan kekurangan yang ada menjadi punca peningkatan kemalangan jalan raya.

Menurut Ketua Pusta Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof.Madya Dr.Law Teik Hua, kerajaan telah menjalankan kajian mengenai struktur lebuhraya terbaik seperti di Itali, Amerika Syarikat dan Jepun sebelum membuat keputusan mengguna pakai struktur tersebut bagi membina lebuhraya di negara ini, laporan Kosmo.

Katanya, walau ada sesetengah jalan raya di negara kita yang mempunyai lubang dan permukaan rata yang tidak raya, namun ia adalah berpunca daripada faktor cuaca seperti hujan dan panas serta kenderaan berat yang menggunakan jalan raya.

Lebuhraya Malaysia bertaraf dunia – laporan

“Lebuh raya di negara ini berkelas dunia apabila menyediakan kemudahan seperti Rehat dan Rawat (R&R) bagi setiap 60 kilometer serta kawasan letak kereta di setiap persempangan bertingkat,” ujarnya kepada akhbar terbabit

Selain itu, pengendali lebuhraya juga memastikan terdapat telefon kecemasan di setiap 2 kilometer dan perkhidmatan peronda lebuhraya bagi memberikan bantuan kecemasan kepada pengguna sekiranya mereka menghadapi masalah kerosakan kereta.

“Setiap lebuhraya juga dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang tinggi termasuk penggunaan Sistem Maklumat Trafik Bersepadu (ITIS) selain pemantauan aliran trafik berpusat menggunakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV). Malah had laju juga telah ditetapkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan jika pengguna mengikut peraturan itu, kemalangan di lebuhraya dapat dielakkan,” katanya lagi.

Teik Hua turut berkata sikap pengguna lebuhraya yang tidak menghiraukan keselamatan diri dan orang lain merupakan punca kadar kemalangan di negara ini kian meningkat.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • Wang Jowo on Jun 28, 2017 at 12:18 pm

    Lebuhraya bertaraf dunia, cara pemanduan tahap dunia ke-3. Setiap kali musim perayaan jumlah yang terkorban meningkat. Tahniah juga Malaysia kerana menduduki 10 teratas negara yang paling banyak korban jalanraya. Pandu laju pada saya bukan faktor utama kemalangan tetapi kebolehan masing masing dalam meneliti keadaan trafik serta sikap pemandu yang lain boleh mengurangkan risiko kemalangan jalanraya. Lagi satu, kepada ibu bapa minta tolong sangat jangan letakkan anak bersama anda di tempat duduk penumpang bahagian depan. Sayang anak tapi macam nak bunuh anak.

    Like or Dislike: Thumb up 8 Thumb down 0
  • Evaldo on Jul 01, 2017 at 7:41 am

    Lebuhraya bertaraf dunia? Malaysia? Ke malaya? Kalau malaysia,merangkumi sabah dan sarawak. Borneo masih lagi jauh ketinggalan dari segi lebuhraya yang bertaraf dunia. Sila rujuk dan kaji semula tentang ni.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • aimiruddin on Jul 01, 2017 at 10:08 am

    Belum jauh lagi mencapai tahap dunia. Contoh terbaik lebuhraya tahap dunia adalah di Germany.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required