VIDEO: Subaru WRX STI Type RA NBR catat rekod lap 6:57.5 – sedan empat pintu terpantas di Nürburgring

Sebelum ini Subaru telah mengumumkan mereka akan membawa kembali model WRX STI Type RA – model WRX empat pintu versi lebih hardcore – ke pasaran, tetapi sebelum itu ia akan dibawa ke Goodwood Festival of Speed untuk di nilai dan juga ke litar Nürburgring Nordschleife untuk mencatatkan rekod.

Minggu lalu, video rasmi catatan rekod tersebut telah pun disiarkan oleh Subaru, dimana jentera WRX STI Type RA NBR Special berkenaan berjaya mencatatkan rekod lap 6 minit 57.5 saat, sekaligus dinobatkan sebagai sedan empat pintu terpantas di litar “The Green Hell” berkenaan.

Jentera yang digunakan untuk mencatat rekod ini dibina oleh Prodrive – pembina yang sama menghasilkan dan menyelia operasi Subaru World Rally Team sejak ia ditubuhkan pada 1989 hingga menarik diri dari WRC pada tahun 2008. Ia juga adalah versi tingkat taraf jentera yang digunakan oleh Mark Higgins untuk mencatatkan rekod di litar Isle of Man tahun lalu.

VIDEO: Subaru WRX STI Type RA NBR catat rekod lap 6:57.5 – sedan empat pintu terpantas di Nürburgring

Masih lagi dijana enjin boxer empat-silinder 2.0 liter turbo, jentera pacuan empat roda ini mempunyai bekalan kuasa 600 hp pada takat 8,500 rpm, 50 hp lebih berkuasa dari versi sebelum ini.

Ia juga diberikan kit aerodinamik yang ditingkat taraf, menghasilkan downforce hampir 300 kg pada kelajuan maksimum. Spoiler belakang boleh laras bersaiz besar dari jentera sebelum ini juga masih digunakan, membolehkan pemandu melaras posisi sudut ‘sayap’ berkenaan dengan satu sentuhan butang bagi memaksimakan kesan aerodinamik bergantung pada keadaan.

Selain itu, Prodrive turut memadankan tayar 9-inci lebih lebar dari sebelum ini, dan transmisinya kini diberikan set sequential spesifikasi rali yang mampu menukar gear dengan kelajuan 20 hingga 25 milisaat.

VIDEO: Subaru WRX STI Type RA NBR catat rekod lap 6:57.5 – sedan empat pintu terpantas di Nürburgring

Menerusi teaser yang disiarkan sebelum ini, WRX STI Type RA versi produksi bakal diberikan penampilan hampir sama dengan versi NBR Special ini. Ia bakal dipadankan dengan bumbung gentian-karbon yang lebih ringan, spoiler GT yang lebih besar, penyerap hentak baharu dari Bilstein, tempat duduk Recaro serta peningkatan diberikan pada sistem transmisi dan juga enjin.

Selain itu, ia turut bakal tampil dengan imej ketika era kegemilangan Subaru dalam kancah Kejohanan Rali Dunia (WRC) iaitu warna badan biru, serta rim aloi dari BBS berwarna emas berdiameter 19-inci. Menurut Subaru, abjad ‘RA’ pada model ini bermaksud ‘Record Attempt’ – di bina untuk mencatatkan rekod seperti apa yang dicapai oleh NBR Special berkenaan.

Manakala Type RA (untuk model dua pintu, ia dikenali sebagai Type R) yang muncul sejak generasi pertama Impreza WRX STI Version I (GC8), ia merupakan versi yang tampil lebih ringan dari model standard dengan penyisihan pelbagai aksesori seperti sistem pendingin hawa automatik dan juga sistem brek ABS. Ia juga diberikan liang udara pada bumbung, kotak gear dengan nisbah lebih rapat berserta talaan enjin yang lebih responsif – pasangkan roll cage dan ubahsuai pada suspensi, ia cukup bersedia untuk menyertai mana-mana perlumbaan rali FIA dalam kategori Group N.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required