Volvo S90 T8 Twin Engine yang diproduksi di Shah Alam akan dieksport ke pasaran luar Malaysia

Volvo S90 T8 Twin Engine yang diproduksi di Shah Alam akan dieksport ke pasaran luar Malaysia

Ketika pelancaran sedan flagship dengan teknologi PHEV Volvo S90 T8 Twin Engine sebentar tadi, Volvo Car Malaysia (VCM) turut mengumumkan model yang dihasilkan secara pemasangan tempatan di kilang Swedish Motor Assemblies Shah Alam berkenaan turut akan dieksport ke pasaran luar Malaysia terpilih.

“S90 T8 Twin Engine terhasil dengan rancangan transformasi USD 11 bilion Volvo yang kini sedang berjalan, termasuk pembangunan platform Scalable Product Architecture (SPA) yang dilakukan sendiri dan kini menjadi asas semua model besar Volvo,” kata Lennart Stegland, Pengarah Urusan VCM.

VCM juga telah melabur dengan jumlah yang besar terhadap kilangnya di Malaysia bagi memodenkan produksi serta bagi memastikan ia selari dengan strategi teknologi elektrik yang telah dirancang. Pelaburan yang dilakukan berkenaan dibuat bagi menawarkan teknologi pada pelbagai peringkat untuk semua model Volvo menjelang 2019.

Volvo S90 T8 Twin Engine yang diproduksi di Shah Alam akan dieksport ke pasaran luar Malaysia

“Kilang produksi di Shah Alam telah wujud pada 1967 dan kami sentiasa konsisten untuk melebarkan lagi kemampuan fasiliti produksi tempatan kami bagi memenuhi permintaan yang semakin tinggi pada rantau ini dan seterusnya,” tambah Stegland lagi.

Kilang tersebut juga kini memasang SUV flagship Volvo iaitu XC90 T8 Twin Engine – menjadikan ia sebagai satu-satunya kilang di luar Sweden yang memproduksi teknologi tertinggi T8 Twin Engine Volvo berkenaan.

VCM menghasilkan kenderaan sekitar 1,500 unit setahun buat masa sekarang, tetapi awal tahun lalu syarikat tersebut telah mengumumkan penstrukturan bernilai RM20 juta telah dilaburkan pada kilang Shah Alam tersebut, membolehkan sejumlah 5,000 kenderaan dapat diproduksi dalam masa setahun. Ia juga dijangka bakal meningkatkan kapasitinya sebanyak 50% pada tahun ini, diikuti 50% lagi untuk tahun hadapan.

Menurut VCM, kedudukan Malaysia yang strategik dalam ASEAN (dengan populasi asas hampir 600 juta orang), polisi sokongan kerajaan dan agensi serta aspirasi Malaysia untuk menjadi hab untuk kenderaan cekap tenaga (EEV) menjadi sebab utama untuk Volvo Cars mempertingkatkan komitmennya di sini.

Volvo S90 T8 Twin Engine yang diproduksi di Shah Alam akan dieksport ke pasaran luar Malaysia

Buat masa sekarang, Volvo Cars telah mengeksport kenderaannya yang dipasang di Malaysia ke lima buah negara termasuk Indonesia, Filipina, Taiwan, Thailand dan Vietnam. Selepas ini, Laos dan Kemboja juga turut disasar sebagai pasaran eksport yang berpotensi.

Ogos lalu, XC90 T8 Twin Engine di pasaran Thailand yang dieksport dari Sweden telah digantikan unit-unit yang dipasang dari Malaysia dan secara tidak langsung dapat dijual 1.1 juta baht (RM141,298) lebih murah berbanding sebelum itu. Namun, harga yang dijual pada pasaran negara Gajah Putih berkenaan (4.89 juta baht atau sekitar RM628,134) masih lagi sangat mahal berbanding model sama yang dijual di Malaysia dengan harga RM403,888 setelah menerima insentif EEV kerajaaan oleh kerana model hibrid tersebut di pasang secara CKD di sini.

Insentif EEV berkenaan turut menjadikan versi paling berkuasa sedan flagship Volvo S90 T8 Twin Engine yang dilancarkan hari ini dijual pada harga lebih murah dari versi T5 dan T6 yang hadir sebagai model CBU sebelum ini. S90 T8 yang berkuasa 407 hp/640 Nm berkenaan dijual pada harga pengenalan istimewa RM348,888 untuk versi Inscription, berbanding model T6 AWD R-Design (320 hp/400 Nm) dijual dengan harga RM453,888 dan T5 Momentum (254 hp/350 Nm) berharga RM388,888.

Volvo S90 T8 Inscription

Volvo S90 T8 Inscription Plus

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required