Setelah membuat berberapa rencana khas berkenaan kereta-kereta lagenda dan ubahsuai serta motosikal custom seperti Honda NSX generasi pertama, Toyota Starlet KP61 tiga-pintu dan juga barisan motosikal Kenstomoto, kami dapati pembaca di Malaysia amat dahagakan paparan-paparan seperti ini.
Jadi, untuk memenuhi permintaan berkenaan, kami akan mencari lebih banyak bahan-bahan seumpama ini untuk dipaparkan pada masa hadapan.
Oleh itu, jika anda mempunyai kenderaan-kenderaan unik tidak kira kereta, motosikal, atau mungkin trak pikap dan van sekalipun yang menarik untuk dikongsikan kepada umum, sila emailkan butiran kepada kami di [email protected] dan kami akan menghubungi anda semula selepas itu.
Kami di unit editorial paultan.org/bm amat berterima kasih kepada pembaca yang terus menyokong kami selama ini dan sebagai balasan, kami akan terus menyajikan pelbagai informasi berkenaan dunia automotif pada masa akan datang.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.