Daihatsu Terios 2018 pula dilancarkan di Indonesia

Daihatsu Terios 2018 pula dilancarkan di Indonesia

Selain model Toyota Rush 2018 yang mula membuat penampilan global di Indonesia semalam, ini ada satu lagi model yang ada pertalian saudara denganya turut dilancarkan di negara jiran kita – Daihatsu Terios 2018.

Dua model ini akan menggantikan model sebelumnya, dan akan memberi saingan kepada model-model seperti Honda BR-V dan Mitsubishi Xpander di sana. Seperti banyak model Toyota di pasaran Indonesia, Daihatsu akan turut menawarkan model sama, tentunya dengan penggayaan yang berbeza dan tanda harga yang lebih rendah.

Daihatsu Terios 2018 pula dilancarkan di Indonesia

Tapi, ramai yang tak tahu, Daihatsu – yang kini menjadi milik penuh Toyota – mengetuai banyak projek-projek seperti ini dan mengeluarkan kenderaan untuk kedua-dua jenama. Sama halnya dengan Rush-Terios; bagaimanapun hanya model dengan lencana Toyota yang akan dieksport ke pasaran-pasaran baru kelak.

Menurut Daihatsu, Terios menggunakan platform yang diperbaharui; ini bermakna ia masuk menggunakan enjin di depan, dengan pacuan roda belakang. Kestabilan pengendalian dan keselesaan, tahap NVH dan kecekapan minyak semuanya telah dipertingkatkan.

Daihatsu Terios 2018 pula dilancarkan di Indonesia

Seperti Toyota Rush, Daihatsu Terios juga menerima enjin baru – 2NR-VE 1.5 liter Dual VVT-i yang menghasilkan 104 PS pada 6,000 rpm dan 136 Nm pada 4,200 rpm. Kecekapannya juga dipertingkat hampir 25% berbanding enjin lama. Pilihan kotak gear ialah antara manual lima-kelajuan atau automatik empat-kelajuan. Enjin 2NR ini sudah digunakan pada model Toyota Avanza/Daihatsu Xenia sejak 2015, dan ia enjin yang sama digunakan pada Perodua Myvi 2018.

Binaan juga sama seperti Rush – 4,435 mm panjang dan 1,695 mm lebar (ini 18 mm lebih pendek dan 40 mm lebih sempit berbanding Honda BR-V). Bagaimanapun, jarak antara rodanya (wheelbase) ialah 23 mm lebih panjang dari BR-V. Jarak kelegaan tanah pula 220 mm (berbanding BR-V dengan 201 mm).

Daihatsu Terios 2018 pula dilancarkan di Indonesia

Daihatsu menyatakan, panjang ruang kabin bertambah sebanyak 170 mm, yang menjadikan tandem distance (jarak antara kerusi barisan pertama dan kedua) juga bertambah sebanyak 45 mm, sementara pertambahan ruang kargo pula sebanyak 150 mm.

Rush/Terios kini telah meninggalkan rekaan kotak ala SUV 4×4 dulu (dan tak ada lagi tayar ganti tersangkut pada pintu belakang) dan menerapkan rekaan mirip MPV atau crossover, dengan banyak elemen diwarisi dari Fortuner.

Terios baru ini banyak menerima pembaharian reka bentuk dan ciri-ciri yang melengkapinya. Ada harapan tak model ini akan masuk Malaysia sebagai penawaran Perodua Kembara yang baru? Memang sebelum ini Perodua ada menyatakan sedang mempertimbangkan dengan serius untuk memperkenalkan sebuah model SUV kompak selepas ini, jadi sama-samalah kita nantikan perkembangannya nanti.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required