Perodua serius mempertimbangkan untuk memproduksi SUV kompak – Aminar

Perodua serius mempertimbangkan untuk memproduksi SUV kompak – Aminar

Dalam perbentangan perkembangan separuh pertama 2017 Perodua kepada pihak media di Kuala Lumpur pagi ini, Presiden dan CEO Datuk Dr. Aminar Rashid Salleh mendedahkah pihaknya serius untuk mempertimbangkan produksi bagi model SUV kompak.

“SUV dilihat semakin digemari pada masa ini. Walau bagaimana pun, kami sedang mengkaji pelbagai perkara berkaitan untuk memperkenalkan SUV kompak bagi barisan model Perodua pada masa depan,” ujar Aminar sambil menambah syarikatnya kini menggunakan pelbagai sumber bagi perancangan produk yang menepati citarasa dan kehendak para pengguna.

Walau bagaimana pun, beliau enggan mendedahkan lebih lanjut mengenai perkara ini termasuk tempoh yang ditetapkan untuk memperkenalkannya. “Apa saja model yang bakal diperkenalkan pada masa hadapan haruslah “kompak” dan “mampu milik”,” katanya lagi. Sebelum ini, Perodua juga telah memiliki SUV kompak iaitu Kembara, dan yang diimport dari Jepun, Nautica.

Perodua serius mempertimbangkan untuk memproduksi SUV kompak – Aminar

Trend memilih SUV kini dilihat kian menular. Malah semakin ramai yang menukar kenderaan sedan kepada SUV. Maka semakin banyak pengeluar kenderaan turut memilih untuk memproduksikan SUV kompak, malah banyak di antara model tersebut telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan, ini termasuklah Honda HR-V.

Jika bakal direalisasikan kelak, adakan ia akan dibangunkan berasaskan model kei-car Daihatsu Cast Activa (dan model lama Kembara) atau pun memang crossover kompak yang sempurna seperti mana yang dipersembahkan menerusi model konsep Daihatsu FX yang pernah dipamerkan di Gaikindo Indonesia International Auto Show 2015?

GALERI: Daihatsu FX Concept di GIIAS 2015

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required