Honda sasar hasilkan kereta elektrik yang boleh dicas hanya 15 minit untuk perjalanan 240 km pada 2022

Honda sasar hasilkan kereta elektrik yang boleh dicas hanya 15 minit untuk perjalanan 240 km pada 2022

Honda mensasarkan mereka akan menghasilkan kereta elektrik sepenuhnya (EV) yang mampu dicas penuh dalam masa hanya 15 minit untuk perjalanan sejauh 240 km menjelang tahun 2022 kelak, lapor Nikkei Asian Review.

Buat masa sekarang, kebanyakkan kereta EV hanya mampu dicas 80% penuh dengan masa dua kali lebih lama dari masa yang disasarkan berkenaan, walaupun menggunakan pengecas berkelajuan tinggi.

Menurut laporan tersebut, kunci utama pada rancangan Honda ini adalah untuk membina bateri berkapasiti tinggi baharu yang boleh menangani sistem pengecas yang sangat laju. Buat masa ini Honda menggunakan bateri dari Panasonic dan sumber lain untuk kereta-kereta hibrid mereka, namun untuk projek ini syarikat yang bakal dipilih untuk bekerjasama masih lagi belum ditentukan.

Selain itu, kereta dengan badan yang lebih ringan dan juga pengurusan kuasa elektrik yang lebih efisien turut akan membolehkan kereta-kereta elektrik baharu berkenaan bergerak lebih jauh dengan satu cas penuh.

Honda sasar hasilkan kereta elektrik yang boleh dicas hanya 15 minit untuk perjalanan 240 km pada 2022

Honda sebelum ini telah mendedahkan dua buah kereta konsep elektrik –Urban EV Concept dan Sports EV Concept– dan mengumumkan rancangannya untuk memasarkan kereta-kereta elektrik ke Eropah bermula 2019 dan Jepun pada tahun berikutnya.

Buat masa sekarang, pengecas di Jepun mampu memberikan kuasa maksima 150kW, namun industri tersebut bercadang untuk meningkatkannya kepada 350kW bermula pada tahun 2020. Manakala di Eropah pula dijangkakan jaringan di benua tersebut akan menyediakan ratusan stesen pengecas berkuasa 350kW pada tahun berkenaan. Kereta-kereta elektrik Honda generasi seterusnya akan dibina berdasarkan infrastruktur pengecas cepat ini.

Untuk kereta elektrik produksi Jepun, hanya Nissan yang kini menawarkan model seumpanya menerusi model Leaf. Untuk generasi terbaharu Leaf, ia kini menawarkan tempoh mengecas lebih cepat dari model sebelumnya dengan jarak perjalanan 30% lebih jauh (lebih dari 500 km untuk satu cas penuh).

Menurut firma penyelidikan Jepun Fuji Keizai, sejumlah 470,000 unit kereta elektrik telah berada diatas jalan raya seluruh dunia pada tahun 2016 atau 0.5% dari jumlah keseluruhan kenderaan di dunia. Jumlah berkenaan dijangka bakal meningkat sebanyak 4.6% pada tahun 2035. Dengan teknologi baharu yang dirancang ini, Honda berharap dapat menawarkan kereta elektrik untuk kegunaan pelanggan yang memandu setiap hari.

GALERI: Honda Urban EV Concept

GALERI: Honda Sports EV Concept

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required