SPYSHOT: Renault Captur facelift 2018 dilihat di M’sia

SPYSHOT: Renault Captur <em>facelift</em> 2018 dilihat di M’sia

Selepas dipertontonkan pertama kali diperingkat global pada Mac tahun lalu, Renault Captur facelift mungkin akan diperkenalkan di Malaysia dalam masa terdekat. Ini selepas kelibat model berkenaan dengan pelekat samaran dilihat menggunakan Lebuhraya PLUS berdekatan Bangi oleh seorang pembaca, Henriko Sjarifuddin.

Seperti yang dapat dilihat dalam gambar ini, hanya beberapa bahagian pada Renault Captur facelift ini yang ditutup – iaitu lampu kabus depan dan lampu belakang. Pada bahagian inilah pembaharuan yang dilakukan terhadap versi facelift ini dilakukan. Lampu kabusnya kini menampilkan lampu DRL LED dalam bentuk C, sementara grafik pada lampu belakang dengan kesan 3D baru, juga dalam bentuk C.

Ciri lain yang tidak ditutup pula misalnya skid plate baru di depan dan belakang, yang dipasang untuk memberikan imej yang lebih ranggi pada model ini. Tidak ketinggalan juga, unit yang dilihat ini mengenakan satu daripada dua warna baru yang hadir dengan kemaskini berkenaan – ia dikenali dengan nama Atacama Orange.

SPYSHOT: Renault Captur <em>facelift</em> 2018 dilihat di M’sia

Bagi rodanya pula, kelihatan seperti menggunakan rim 17-inci aloi Emotion dengan kemasan hitam, berbanding set rim Explore yang digunakan pada Captur sedia ada yang dijual kini.

Bagi ruang dalaman, sebahagian besar kekal seperti sebelumnya – dengan tambahan bumbung panoramik. Bagaimanapun, ciri ini hanya ditawarkan pada sesetengah varian sahaja untuk pasaran lain, dan sukar untuk memastikan bahawa unit yang dilihat di Malaysia ini turut dilengkapi dengan ciri berkenaan atau sebaliknya.

Di bawah bonet, enjin yang melengkapi Renault Captur facelift ini kekal dengan unit TCe 120 1.2 liter turbocaj empat-silinder yang menghasilkan 120 PS pada 4,900 rpm dan 190 Nm pada 2,000 rpm. Bagi transmisi, ia menggunakan kotak gear automatik enam-kelajuan Efficient Dual Clutch (EDC).

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required