Alfa Romeo akan bawa tujuh model khas ke Geneva

Alfa Romeo akan bawa tujuh model khas ke Geneva

Alfa Romeo akan turun dengan meriah ke Geneva Motor Show tahun ini, membawa tujuh barisan model unik berprestasi tinggi. Paling hebat adalah edisi Nürburgring untuk Stelvio Quadrifoglio dan Giulia Quadrifoglio, dan disertai Giulia Veloce Ti, Giulia Super, Stelvio Super, 4C Competizione Coupé dan 4C Italia Spider.

Stelvio Quadrifoglio dan Giulia Quadrifoglio dikuasakan oleh enjin sama, iaitu unit V6 petrol bi-turbo 2.9 liter, menghasilkan kuasa sebanyak 505 hp dan 600 Nm tork, dan masing-masing mempunyai rekod di Nürburgring. Stelvio Quadrifoglio kini adalah kenderaan terpantas dalam segmennya dengan catatan masa 7 minit 51.7 saat manakala Giulia Quadrifoglio kenderaan produksi sedan empat pintu standard paling pantas dengan masa 7 minit 32 saat.

Dengan rekod tersebut, terhasillah model edisi khas Nürburgring, yang akan dikeluarkan hanya 108 unit bagi setiap satu model dan ia mendapat barangan eksklusif seperti lencana ‘NRING’, nombor keluaran di atas papan pemuka gentian karbon dan cat khas Circuito Grey.

Alfa Romeo akan bawa tujuh model khas ke Geneva

Turut diberi adalah brek karbon seramik, tempat duduk lumba Sparco, struktur rangka karbon, tombol gear automatik Mopar, roda stereng balutan kulit/Alcantara, serta lencana hadapan, lapik cermin sisi, hiasan di side skirt buatan gentian karbon. Giulia juga mendapat tambahan bumbung gentian karbon penuh.

Pada bahagian lain kenderaan ini terdapat active cruise control, pakej audio premium Harman Kardon, sistem informasi dan hiburan Alfa Connect 3D Nav, karpet dengan logo warna merah serta skrin hiburan 8.8 inci dengan sambungan fungsi Apple CarPlay dan Android Auto.

Pergi kepada model Giulia Veloce Ti pula, ia adalah sebuah model edisi khas Turismo Internazionale (Ti) yang menggunakan enjin petrol 2.0 liter 280 hp yang digabungkan dengan transmisi automatik lapan kelajuan dan sistem pacuan semua roda Q4. Menurut Alfa Romeo, lencana Ti ini sentiasa disimpan untuk model yang ekstrem, dan paling lengkap dalam barisan modelnya.

Alfa Romeo akan bawa tujuh model khas ke Geneva

Model istimewa ini dicat warna Racing Red, dan menggunakan warna hitam untuk bumbung, papan pemuka kulit, tempat duduk kulit/Alcantara dengan jahitan hitam dan komponen gentian karbon pada kick plate dengan logo Alfa Romeo, lencana V di logonya, tombol gear, lapik cermin sisi dan side skirt. Rim adalah unit 19 inci dengan di sebaliknya terdapat angkup brek besar berwarna merah.

Model Giulia Ti pula menggunakan warna luar Volcano Black, dan dilengkapi dengan Luxury Pack yang tersendiri. Ini termasuk balutan kulit beige dengan kemasan kayu oak di dalam, rim 18 inci serta angkup brek hitam. Kuasa untuk model ini datang daripada enjin petrol empat silinder supercaj 200 hp.

Turut akan datang mengisi ruang pameran Alfa Romeo adalah Stelvio Super, iaitu SUV yang dipacu enjin empat silinder 2.0 liter turbo dan disediakan dalam dua pilihan pakej kuasa – satu yang mempunyai 200 hp/ 330 Nm, dan satu lagi 280 hp/ 400 Nm tork. Kedua-duanya menggunakan transmisi automatik lapan kelajuan dengan sistem pacuan AWD Q4, dan dipasang dengan kit Performance Pack. Ini termasuk suspensi aktif Alfa, differential belakang mekanikal boleh kunci sendiri, pedal penukar gear dan rim 20 inci.

Akhir sekali adalah pasangan Alfa Romeo 4C edisi terhad, iaitu Competizione (Coupé) yang menggunakan warna Vesuvio Grey dan Italia (Spider) yang menggunakan warna Misano Blue. Kedua-duanya hanya akan dihasilkan sebanyak 108 unit, dan dikuasakan oleh enjin empat silinder 1.75 liter turbo dengan padanan transmisi TCT tujuh kelajuan klac berkembar, menghasilkan kuasa 240 hp dan 350 Nm tork.

Bagi model 4C Competizione (Coupé), barangan gentian karbon yang digunakan adalah pada bumbung, spoiler belakang, lapik cermin sisi, salur udara tepi dan kemasan pada keliling lampu. Rim 18 inci di hadapan dan 19 inci di belakang kenderaan ini menggunakan warna gelap, dan di sebaliknya terdapat angkup brek warna merah dan ekzos Akrapovic. Di dalam, tempat duduk dibalut dengan kulit/gentian mikro dengan jahitan merah dan disertakan dengan lencana nombor pengeluaran serta “Competizione”.

4C Italia (Spider) juga mendapat saiz rim yang sama, tetapi angkup breknya disudahi dengan warna kuning, yang mana adalah sama dengan tempat duduk, papan pemuka, roda stereng serta panel pintu. Turut digunakan adalah ekzos Akrapovic, sistem Hi-Fi premium Alpine, nombor pengeluaran di konsol tengah dan lencana “Italia” aluminium.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required