Kereta pelbagai jenama yang belum tukar beg udara tidak boleh baharui cukai jalan – 71,315 unit terlibat

Kereta pelbagai jenama yang belum tukar beg udara tidak boleh baharui cukai jalan – 71,315 unit terlibat

Ekoran masih ramai pemilik kereta pelbagai jenama, termasuk Honda, yang terlibat dengan panggilan balik bagi menukar beg udara yang bermasalah, masih belum berbuat demikian, kerajaan memandang serius akan masalah ini dengan mengeluarkan larangan kenderaan terbabit tidak boleh memperbaharui cukai jalan.

Ia melibatkan sejumlah 71,315 unit kereta yang pemilik semasanya belum tampil di mana-mana pusat penyelenggaran bertauliah, sekaligus mampu mengundang bahaya terhadap pemandu dan penumpang sekiranya terlibat dengan kemalangan, termasuk kehilangan nyawa.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, langkah drastik menerusi perintah larangan berkuat kuasa serta-merta itu terpaksa diambil kerana statistik merekodkan lapan kes berpunca daripada beg udara buatan Takata pada model Honda didapati bermasalah sejak 2014, laporan Harian Metro.

Selain itu, katanya, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diarahkan menghubungi Honda dan syarikat pengeluar kereta berkaitan yang mempunyai masalah beg udara, mulai Isnin ini.

“JPJ akan menyerahkan maklumat alamat semua pemilik kereta Honda, khususnya 71,315 orang yang masih tidak tampil ke pusat penyelenggaraan untuk menukar beg udara. Langkah ini perlu kerana 21.5% daripada 332,458 kereta Honda, keluaran 2003 hingga 2013 masih menggunakan beg udara jenis Takata yang lama, sekali gus mengundang risiko kepada pengguna. Saya sangat sakit hati apabila mengetahui kemalangan yang berpunca daripada masalah seumpama ini,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terbaru, Honda Malaysia (HMSB) telah mengesahkan inflator beg udara hadapan pemandu buatan Takata di dalam sebuah Honda City tahun 2004 yang dipandu oleh seorang pemuda telah pecah di dalam satu kemalangan maut pada 27 Mei 2018 lalu. Di mana kenderaan terbabit tersenarai di dalam panggilan semula Honda yang dikeluarkan pada 21 Mei 2015. Panggilan semula itu melibatkan penggantian inflator beg udara pemandu dan penumpang depan buatan Takata dengan unit yang baharu.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • Akmal on Jun 04, 2018 at 2:43 am

    Apa kata kerajaan buat sekali kereta proton mana yang tak ada airbag pads kereta buat pemasangan airbag pads kereta yang tak ada airbag, ini lagi amat2 merbahaya pada pemendu Dan penumpang kenderaan berkenaan..

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  • Ahmad on Aug 27, 2018 at 7:50 pm

    Tukar free atau kena bayar?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required