Tun Mahathir luahkan kekesalan idea bagi mewujudkan kereta nasional kedua tiada sambutan

Tun Mahathir luahkan kekesalan idea bagi mewujudkan kereta nasional kedua tiada sambutan

“Kita tidak layak dan tidak mampu mengada industri otomotif. Rakyat Malaysia lebih rela beli kereta import, termasuk dari Negara Cina (China). Pilihan mereka ialah kereta Jepun, dan yang ada banyak duit kereta Jerman.” Itulah antara petikan yang diluahkan menerusi catatan blog peribadi Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

Menerusi catatannya dalam Chedet.cc semalam, Tun Mahathir meluahkan rasa kekesalan kerana idea bagi mewujudkan jenama kereta nasional kedua tiada sambutan. Idea tersebut dinyatakan pada awal Jun lalu, dalam masa yang sama, beliau berkata, Proton bukan lagi kereta nasional Malaysia kerana telah dibeli oleh China (Geely). Katanya, “Saya diberitahu bahawa tidak ada siapa yang ingin lihat kereta nasional kedua. Cukuplah dengan Proton yang dikatakan gagal.”

Begitu juga dengan anggapan skiptikal segelintir rakyat Malaysia mengenai kereta buatan tempatan diperbuat dari ‘tin Milo’ masih berlanjutan biar pun selepas lebih 30 tahun terhasilnya Proton.

Tun Mahathir luahkan kekesalan idea bagi mewujudkan kereta nasional kedua tiada sambutan

“Saya masih ingat kereta Jepun sejurus selepas perang. Kata pengguna kalau kita toreh dengan kuku, kita akan lihat tin Milo. Tetapi dari kereta tin Milo inilah datang aneka model Toyota, Nissan dan Suzuki yang kita guna sekarang. Demikian juga kereta Pony buatan Hyundai.

“Masa berlalu dan keluaran kereta Jepun dan Korea semakin baik. Demikian di pasaran hilang kereta Austin, Morris dan lain-lain dari Eropah. Tentulah ini tidak akan berlaku dengan Malaysia. Kereta kita tetap diperbuat dari tin Milo selama-lamanya,” ujarnya lagi.

Menurut Tun Mahathir, kerajaan tidak mencadang untuk membuat kereta nasional kedua ini. Ia kerana syarikat swasta sudah mampu reka bentuk, buat model tanah liat, model ujian dan mengeluar secara besar-besaran kereta bermotor. Walau bagaimana pun, apabila idea tersebut sudah ditolak awal-awal, maka kerajaan juga akan menghalang segala cadangan untuk mengeluar kereta bermotor oleh swasta.

Tun Mahathir luahkan kekesalan idea bagi mewujudkan kereta nasional kedua tiada sambutan

“Sudah tentu Kerajaan tidak akan ada industri otomotif milik Kerajaan. Kita akan beli kereta yang diimport,” luahnya secara lebih sinis.

Katanya lagi, “Jika kita pergi ke negara pembuat kereta seperti Jepun, Korea kita tidak akan lihat kereta yang bukan buatan negara mereka. Di Jepun kereta Jepun, di Korea kereta Korea. Kenapa? Kerana mereka tidak benar kereta asing diimport. Hasilnya kualiti kereta mereka meningkat. Dan mereka mengeksport bermillion kereta mereka. Mata wang asing pun mengalir dengan banyaknya ke negara mereka.

“Pekerja mereka mendapat kerja dan hidup mewah. Ekonomi mereka tumbuh sehingga mereka menjadi negara maju. Industri kejuruteraan mereka maju dan mampu membantu industri kejuruteraan yang lain.”

Tun Mahathir luahkan kekesalan idea bagi mewujudkan kereta nasional kedua tiada sambutan

Walau bagaimana pun, perkara itu tidak berlaku di Malaysia. Katanya, apa saja jenis kereta, dari mana ia datang, apa jua tahap kualitinya, semua boleh masuk ke negara ini. Apatah lagi jika ia dikeluarkan oleh syarikat gergasi, sekaligus membolot pasaran kereta Malaysia hinggalah Proton kurang mendapat sambutan.

“Akhirnya Proton dijual kepada orang asing. Tidak ada kereta nasional lagi. Tidak ada industri otomotif lagi. Pekerja, engineer, pengurus pun tidak punyai kerja lagi. Segala-galanya merosot. Malaysia menjadi negara pengguna, negara penanam padi, pemancing ikan.

“Tak mengapalah. Ini yang kita mahu dan ini yang kita dapat. Lupakanlah sahaja Wawasan 2020,” catatan akhirnya menerusi entri tersebut.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • Alson P on Jul 17, 2018 at 10:35 pm

    Lupakan wawasan 2020… Kita patut sudah ada kereta national kedua, ketiga dan keempat menjelang 2020.. Untuk menjadi negara maju selepas 2020, kita mesti mendahului dari segi industri dan ekonomi rakyat jauh lebih kukuh.. Saya setuju dengan kereta nasional kedua, ketiga dan keempat Malaysia..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • zackayubi on Jul 18, 2018 at 7:12 pm

    YUP Tun cukup la dengan quality proton yang tidak meningkat setelah puluhan tahun, harap PH turun kan tax untuk rakyat merasa harga yang berkualiti tetapi dengan berpatutan, biarkan proton dan gelly bersaing di tempat terbuka tanpa perlindungan. tk

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required