Geely telah mendedahkan perincian platform baru mereka untuk model kelas permulaan. Setakat ini ia dipanggil sebagai B-segment Modular Architecture (BMA), dan merupakan platform modular pertama yang dibangunkan sendiri oleh Geely. Platform Compact Modular Architecture (CMA) yang ada sebelum ini pula dibangunkan bersama dengan Volvo.
Platform BMA ini dikatakan bakal mempunyai ciri yang dapat meneraju industri seperti kepelbagaigunaannya, kuasa kenderaan, keselamatan pintar dan sedia digunakan untuk menghasilkan model seperti sedan, SUV, crossover, MPV dan juga wagon. Geely memberitahu, platform ini akan mencapai skala ekonomi yang lebih tinggi dan akan kekal maju secara teknikal pada masa hadapan.
Pelbagai kuasa penggerak boleh digunakan pada platform ini termasuk enjin 1.0 liter, 1.4 liter, 1.5 liter turbo (dibangunkan bersama Volvo dan akan digunakan pada XC40), serta plug-in hybrid dan hibrid elektrik ringkas yang menjadi sebahagian daripada sistem Multi-Power jenama itu.
Platform BMA ini akan digunakan buat pertama kalinya untuk model SUV segmen B baru Geely yang dipanggil sebagai SX11 sekarang ini dan dijangka akan dilancarkan pada separuh kedua tahun 2018. Ia akan dikuasakan oleh enjin turbo suntikan terus 1.5 liter, dengan kuasa sekitar 177 hp dan 255 Nm tork. Laman web automotif China, Gasgoo melaporkan model ini bakal dinamakan sebagai Xingyue dan ia mengikuti konsep yang ditetapkan oleh Boyue sebelum ini.
Adakah Proton juga bakal menggunakan platform BMA ini nanti? Geely ada menyelitkan sedikit petunjuk dalam siaran media mereka, dengan mengatakan seni bina ini akan digunakan juga oleh jenama lain di bawahnya, dan pengeluaran model yang menggunakan platform BMA ini akan dilancarkan di Asia Tenggara. Kilang lain yang akan mengeluarkan model ini termasuk Eropah, Afrika, Amerika Selatan dan Timur Tengah.



Proton X90
dari RM106,800
Proton S70
dari RM73,800
Proton eMas 7 PHEV
dari RM109,800
Proton X70
dari RM106,800
Proton Saga
dari RM38,990
Proton eMas 5
dari RM59,800
Proton X50
dari RM89,800
Proton eMas 7
dari RM103,800