BANGKOK, Thailand – Nissan in Thailand today launched the new updated X-Trail at an event at the Link Asoke-Makkasan in Bangkok.

Nissan kini memperkenalkan model SUV X-Trail dengan peningkatan terbaru untuk pasaran Thailand. Ia melibatkan kemaskini kecil dan juga pengenalan kelengkapan baru. Barisan varian yang ditawarkan juga diperkemas; tiada lagi enjin petrol 2.0 liter. Yang tinggal hanyalah enjin petrol 2.5 liter (2.5S 2WD, 2.5V 2WD dan 2.5VL 4WD) dan dua varian hibrid 2.0 liter (V dan VL, dengan 4WD).

Pembaharuan luaran pula sangat sedikit; antaranya melibatkan penggunaan bampar yang diberikan sedikit pembaharuan. Ini termasuk lampu utama dengan DRL LED. Bahagian belakang pula menggunakan bampar rekaan baru dengan lampu gabungan yang diperkemas, hadir dengan jalur LED juga serta penyudah krom pada sisi pintu.

Rim juga menerima tambahan terbaru; 19-inci dwi-tona warna bagi varian 2.5VL 4WD. Warna luaran baru turut ditawarkan – Monarch Orange, Radiant Red, Black Star, Storm White, Brilliant Silver dan Deep Iris Grey.

BANGKOK, Thailand – Nissan in Thailand today launched the new updated X-Trail at an event at the Link Asoke-Makkasan in Bangkok.

Bagi kelengkapan terbaru yang didatangkan bagi versi ini pula termasuk pintu belakang auto lift tailgate serta sistem hiburan dan audio A-IVI dengan skrin tujuh-inci. Sistem keselamatan Nissan Intelligent Mobility juga ada. Di dalamnya terangkum ciri-ciri seperti amaran perlanggaran depan, brek kecemasan automatik dan pengesanan objek bergerak.

Sebagai tambahan, varian petrol VL dan hibrid menampulkan ciri kawalan kruise pintar, amaran lintasan trafik belakang, amaran titik buta, amaran pertukaran lorong dan bantuan lampu tinggi. Semua varian dilengkapi dengan sistem pandangan 360-darjah dengan empat kamera Around View Monitor (AVM).

Versi petrolnya dikuasakan oleh enjin QR25DE 2.5 liter yang memberikan 171 PS pada 6,000 rpm dan 233 Nm pada 4,000 rpm. Sementara versi hibrid pula menggunakan enjin MR20DD 2.0 liter dengan kuasa 144 PS pada 6,000 rpm dan 200 Nm pada 4,400 rpm dan digandingkan bersama motor elektrik yang menyediakan tambahan 41 PS dan 160 Nm. Transmisi semuanya menggunakan jenis CVT dengan mod manual.

Harga X-Trail di Thailand bermula dari 1.35 juta baht (RM174,880) bagi varian paling asas 2.5S 2WD hinggalah kepada 1.66 juta baht (RM215,000) bagi varian tertinggi 2.5VL 4WD. Sementara itu, varian hibrid 2.0L pula bermula dari 1.537 juta (RM199,100) bagi versi 2.0V 4WD.