Had paras harga runcit petrol RON95 dikurangkan daripada RM2.20 kepada RM2.08 – Lim Guan Eng

Had paras harga runcit petrol RON95 dikurangkan daripada RM2.20 kepada RM2.08 – Lim Guan Eng

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng baru saja mengumumkan berita terkini mengenai penetapan harga runcit bahan api. Menurut kenyataan tersebut, berdasarkan trend harga sebenar pasaran produk petroleum yang semakin meningkat pada masa ini, Mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini telah bersetuju supaya had pengekalan harga runcit petrol RON95 yang pada masa ini ditetapkan pada paras RM2.20 seliter dikurangkan kepada RM2.08 seliter.

Ini bermakna harga runcit RON95 akan dihadkan kepada RM2.08 seliter sungguhpun harga minyak dunia naik lebih daripada itu. Sekiranya harga minyak dunia berada di bawah paras tersebut, harga mingguan petrol RON95 akan berada di bawah paras RM2.08.

Pada bulan Januari lalu, Kerajaan Persekutuan melaksanakan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan bagi membolehkan pengguna menikmati sebarang perubahan harga dengan lebih cepat selaras dengan penurunan harga petroleum di pasaran dunia. Demi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga yang ketara apabila harga minyak dunia meningkat, harga runcit produk petroleum dihadkan pada harga RM2.20 seliter bagi petrol RON95 melalui pemberian subsidi.

Had paras harga runcit petrol RON95 dikurangkan daripada RM2.20 kepada RM2.08 – Lim Guan Eng

Melalui kaedah mingguan ini, harga runcit produk petroleum akan diturunkan apabila harga minyak dunia turun tetapi apabila harga minyak dunia naik, kenaikan harga runcit produk petroleum akan dihadkan pada RM2.20 bagi produk petrol RON95 dan RM2.18 bagi diesel.

Ini adalah suatu inisiatif baharu oleh Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan demi melindungi kepentingan golongan B40, yang tidak pernah diamalkan oleh Kerajaan terdahulu. Had harga minyak ini akan dibatalkan apabila subsidi minyak bersasar dilaksanakan pada pertengahan tahun ini.

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel berdasarkan pengiraan Automatic Price Mechanism (APM) akan terus diumumkan secara mingguan. Pengurangan paras harga runcit bagi produk petrol RON95 ini adalah selaras dengan komitmen Kerajaan Pakatan Harapan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required