Driven Movie Night: Menangi pas X-Men Dark Phoenix

Pernah tonton filem yang mengisahkan tentang latar belakang sebahagian watak-wataknya? Kini Driven Movie Night kembali, membawakan kepada anda peluang antara yang terawal untuk mengikuti kisah Jean Grey di dalam filem X-Men: Dark Phoenix, ehsan dari 20th Century Fox Malaysia.

15 pasang tiket tersedia untuk dimenangi; ini bermaksud ada 30 pas percuma keseluruhannya untuk menyaksikan filem ini. Apa yang perlu anda lakukan ialah tonton sedutan filem di bawah dan jawab dua soalan mudah. Tetapi perlu cepat – peraduan ini ditutup pada Isnin, 27 Mei 2019.

Jean Grey, yang merupakan satu daripada watak utama dalam kalangan X-Men kini beralih menjadi satu daripada seteru paling berkuasa. Dalam satu misi menyelamat yang merbahaya di angkasa, Jean hampir terbunuh oleh daya kosmik misteri yang telah mengubahnya menjadi antara mutan paling berkuasa.

Berhadapan dnegan kuasanya yang semakin tidak stabil serta kejahatannya sendiri, Jean menjadi tidak terkawal, memporak-perandakan keluarga X-Men dan mengancam untuk memusnahkan bumi. Ikuti bagaimana X-Men bersatu untuk menyelamatkan Jean daripada berubah menjadi Dark Phoenix, dan dalam masa yang sama mereka juga berusaha untuk menyelamatkan dunia.

*Peraduan ini berakhir pada Isnin, 27 Mei 2019. Senarai pemenang akan diumumkan di paultan.org dan dimaklumkan melalui emel atau SMS pada Selasa, 28 Mei 2019. Keputusan adalah muktamad, sebarang bantahan tidak akan dilayan. Tayangan akan diadakan pada Selasa, 4 Jun 2019 pada jam 9.00 malam di MBO Atria di Petaling Jaya. Pemenang perlu mengambil tiket mereka dilokasi berkenaan sejam sebelum tayangan. Disebabkan lokasi tayangan, peraduan ini hanya terbuka kepada mereka yang tinggal di Lembah Klang sahaja.