Apa perkara yang lebih baik berbanding kemenangan? Sudah tentulah kemenangan berganda! Memilih bateri VARTA/Energizer untuk kereta anda dengan sendirinya sudah menjadi sebuah kemenangan, kerana syarikat Jerman ini menghasilkan antara bateri automotif terbaik dalam pasaran. Dan, jika anda membeli bateri VARTA/Energizer bermula sekarang hingga 30 September nanti, anda berpeluang memenangi barisan produk Apple!
Ya, VARTA/Energizer sedang menawarkan ganjaran berupa iPhone, MacBook, iPad, Apple Watch dan produk Apple lain sebagai hadiah bagi cabutan bertuah, melibatkan 30 hadiah akan diberikan pada setiap bulan. Apa yang anda perlu lakukan adalah beli mana-mana bateri VARTA, hantarkan butiran anda di sini dan anda akan layak secara automatik untuk cabutan bertuah tersebut.
Cabutan bertuah ini sah di seluruh negara untuk pembelian yang dibuat di mana-mana kedai yang menjual bateri VARTA/Energizer, dan pemenang akan diumumkan melalui laman Facebook VARTA Malaysia.
Bateri VARTA tidak memerlukan pengenalan lanjut jika anda memang sudah mengenali kereta Continental. Jenama bateri automotif premium Jerman dengan lebih 130 tahun warisan ini telah lama menjadi pilihan OEM untuk jenama seperti BMW, Mercedes-Benz, Volkswagen, Audi dan Porsche. Bateri VARTA juga serasi sepenuhnya dengan kereta nasional di Malaysia dan jenama Jepun lainnya.
Direka dan dikeluarkan dengan kejuruteraan canggih Jerman, bateri VARTA menampilkan Teknologi Grid PowerFrame yang dipatenkan, memberikan kuasa permulaan yang lebih, pengecasan semula lebih pantas serta rintangan hakisan yang lebih unggul untuk memberikan jangka hayat bateri yang lebih panjang. Sebuah produk yang dipercayai oleh berjuta pengguna di seluruh dunia, bateri VARTA terkenal kerana memberikan prestasi yang konsisten dan boleh dipercayai, memberikan ketenangan fikiran ketika di jalan raya — tidak kira kereta apa yang anda pandu. Nikmatilah kemenangan berganda sekarang! Butiran lanjut ada di sini.


