
Sudah berkunjung ke Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2026? Jika belum, pameran tersebut masih berlangsung hingga 21 Jun ini, dan hujung minggu terakhir ini adalah masa yang tepat untuk ‘turun padang’. Bagi ruang pameran GWM misalnya, anda tidak hanya disajikan dengan tumpuan terhadap satu model hero sahaja.
Pengeluar kenderaan yang berpusat di Baoding, China ini mempamerkan barisan model lengkap dan pelbagai. Daripada HAVAL hingga TANK, ORA hingga WEY, pasti ada suatu untuk setiap lapisan pengunjung untuk anda dekati serta menikmatinya. Sama ada EV mewah atau pun model kenderaan lasak, GWM ada menawarkannya.
GWM berbangga dengan barisan produknya yang telah menunjukkan kemajuan meyakinkan di Malaysia, yang telah terbukti kemampuannya, begitu juga dengan kecekapan penggunaan dunia sebenar serta mempunyai hala tuju yang jelas. Semua itu dipertimbangkan dengan halus, bersesuaian dengan keperluan di sini, dan bukan dilambak sesuka hati.
Berikut merupakan ringkasan apa yang boleh anda jangkakan untuk didekati di ruang pameran GWM di KLIMS 2026. HAVAL H6 HEV ialah sebuah SUV hibrid dalam segmen-C menarik yang boleh dipercayai, cekap serta hadir dengan prestasi untuk kegunaan harian melalui rangkaian kuasa HEV-nya yang canggih. Dengan jarak pemanduan yang boleh dicapai sehingga 1,000 km dengan hanya satu tangki minyak, ia direka untuk perjalanan ulang-alik harian dan juga perjalanan jarak jauh, membantu pemandu mengurangkan keperluan untuk isian semula bahan api, sekali gus memberikan kelegaan fikiran.
WEY G9 Hi4 PHEV pula ialah sebuah MPV tenaga baru yang terserlah kemewahannya, sesuai untuk kegunaan seisi keluarga mahupun persekitaran eksekutif.
Sementara itu, siri SUV GWM TANK pula tidak memerlukan pengenalan panjang. TANK 300 memulakan jejak untuk ‘perjalanan’ tersebut, sebelum disertai kemudiannya oleh TANK 500 yang hadir dengan keupayaan khasnya, yang boleh mengharungi pelbagai permukaan muka bumi dan dalam masa sama, kekal tampil selesa dan mewah. Ia merupakan SUV lasak premium dengan keupayaan tulen dan kemampuan off-road sebenar.

Ditampilkan buat pertama kali di Malaysia ialah ORA 5 HEV dan HAVAL H7 Hi4 PHEV. Kedua-dua model ini kelihatan sangat berbeza dari segi penampilan luaran, tetapi kedua-duanya dijana oleh enjin turbo 1.5 liter dengan kombinasi transmisi hibrid khusus (DHT) dua-kelajuan.
ORA 5 HEV merupakan sebuah crossover urban hibrid kompak yang mampu mencapai jarak perjalanan 1,100 km dengan satu tangki minyak. Manakala HAVAL H7 Hi4 PHEV pula tampil dengan rekaan berkotak yang tegap merupakan sebuah SUV plug-in hybrid (PHEV) urban off-road yang praktikal dan dikuasakan oleh teknologi Hi4. Ia mampu memberikan jarak perjalanan EV sepenuhnya sejauh 150 km mengikut kitaran CLTC. Dua model hibrid, dua segmen berbeza — pastikan anda melihatnya di KLIMS 2026.
Pendekatan GWM di Malaysia adalah dengan memberikan perhatian jangka panjang dan membina portfolio menyeluruh dengan peranan yang jelas, teknologi praktikal serta produk yang disesuaikan dengan gaya hidup dan keperluan mobiliti yang berbeza, di sini.

Kunjungi ruang pameran GWM di KLIMS 2026 (Aras 1, Dewan 4) bermula sekarang hingga 21 Jun nanti untuk meneroka penawaran penuh, serta alami sendiri aktiviti minggu terakhir TANK Obstacle Ride yang mendebarkan (12–14, 17, 19–21 Jun, 10AM–6PM). Anda juga boleh bercakap dengan perunding jualan GWM dan aturkan sesi pandu uji untuk mengetahui model mana yang paling sesuai dengan gaya hidup dan keperluan anda.
Pengunjung juga boleh menikmati promosi eksklusif KLIMS dan ganjaran tempahan di lokasi sepanjang pameran berlangsung. Tempah sekarang untuk menikmati barangan edisi terhad GWM, serta peluang memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai sehingga RM80,000 (tertakluk pada terma dan syarat).
KLIMS terlalu jauh untuk anda? Kunjungi bilik pameran GWM terdekat untuk maklumat tentang model, pandu uji, serta butiran tempahan dan promosi semasa – info lanjut di sini.
