
Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) kembali berlangsung di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) dari 12-21 Jun 2026. Pameran mobiliti utama negara ini akan membawakan pelbagai tawaran kepada pengunjung dan boleh dinikmati untuk semua lapisan masyarakat, baik untuk seisi keluarga yang mencari aktiviti menyeronokkan mahupun kepada peminat permotoran yang serius.
Di acara ini nanti, anda boleh menyaksikan inovasi, reka bentuk serta teknologi automotif terkini. Sudah tentu, terdapat banyak juga model kereta baharu yang akan dilancarkan, melibatkan pelbagai jenama tempatan dan luar, yang membolehkan pengunjung menjadi antara orang pertama di Malaysia yang melihatnya di depan mata.
Tetapi, anda tidak hanya akan meninjau dari dekat kerana sesi pandu uji juga disediakan, dengan lebih 70 kereta tersedia untuk tujuan itu. Jadi, jika anda ingin membeli kereta baharu, KLIMS 2026 adalah tempat terbaik untuk mencuba setiap pilihan yang ada secara berturut-turut untuk menilai perbezaannya secara langsung. Ini termasuklah kenderaan off-road, kerana seksyen laluan berhalangan Urban Play — yang tersedia dari 12-14 Jun — akan membolehkan anda memandu uji kemampuan kenderaan idaman anda sepenuhnya dalam persekitaran yang selamat.

Selain kenderaan produksi yang boleh anda beli, KLIMS juga akan menjadi medan yang mempamerkan kemajuan serta kecanggihan teknologi akan datang, termasuk model konsep yang akan memberi bayangan kepada hala tuju serta reka bentuk masa depan. Anda juga boleh menyertai cabaran simulator perlumbaan untuk memenangi hadiah-hadiah menarik, serta boleh juga mencuba simulator penerbangan — kerana mobiliti bukan sekadar melibatkan pengangkutan darat semata-mata.
Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti yang memenuhi keperluan peminat tegar automotif dan mereka yang berjiwa muda, seperti litar kawalan jauh untuk menguji mainan terkini dan terhebat anda, pasar hobi dan juga rakaman podcast automotif secara langsung. Pengunjung juga boleh melihat beberapa kereta hebat yang menjadi sebahagian daripada perhimpunan kelab kereta yang bakal menampilkan lebih 200 kenderaan. Tidak ketinggalan, KLIMS Modified Car Battle yang akan berlangsung pada 13 dan 14 Jun pula bakal menyaksikan mesin yang ditala pada tahap yang terbaik di Malaysia bertanding secara bersemuka.
Peminat sukan permotoran juga mempunyai sesuatu untuk dinantikan, kerana KLIMS bekerjasama dengan Litar Antarabangsa Sepang untuk membawakan koleksi kereta lumba (termasuk kereta perlumbaan Formula) serta jentera motosikal. Pengunjung juga akan berpeluang bertemu dengan pasukan dan pemandu kegemaran mereka. Bagi yang muda, trak Pokémon Pokopia akan membolehkan anda untuk bermain entri terkini dalam francais permainan video popular tersebut di Nintendo Switch 2.
Jadi, sama ada anda peminat kereta atau bukan, ada banyak aktiviti yang boleh anda lakukan sepanjang berlangsungnya Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2026, yang diadakan dari 12-21 Jun di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC). Masuk adalah percuma pada hari Isnin (15 Jun), Selasa (16 Jun) dan Khamis (18 Jun), dengan tiket berharga RM30 pada hari-hari lain.
Pengunjung yang datang berkumpulan (dan seisi keluarga) juga akan dapat memanfaatkan pas Bundle 5-Pax yang berharga RM100, membolehkan anda jimat RM10 bagi setiap tiket. Kepada peminat tegar, anda boleh mendapatkan pas Unlimited Access hanya dengan harga RM80 sepanjang sepuluh hari; menjadikan harganya hanya RM11.40 sehari. Pendaftaran sudah dibuka di sini.
Ini bahagian yang lebih mengujakan — pengunjung akan layak menyertai cabutan bertuah* dengan peluang untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM125,000, termasuk hadiah utama sebuah Perodua Bezza baharu! Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi KLIMS 2026 atau media sosialnya di Facebook, Instagram dan TikTok.
*Terbuka kepada semua pemegang tiket berumur 18 tahun ke atas.

