
Acara automotif paling penting di Malaysia tahun ini secara rasminya sudah bermula. Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2026 kini sedang berlangsung di MITEC, bermula hari ini, 12 hingga 21 Jun 2026. Rancang perjalanan anda, dan ketika berada di sana, jangan terlepas peluang untuk mengunjungi ruang pameran GWM, kerana jenama ini menampilkan rangkaian mobiliti penuh untuk dialami sendiri.
GWM mempunyai barisan sub-jenama dan model yang mencakupi pelbagai segmen dan lapisan penggemar, dengan masing-masing daripadanya memainkan peranan berbeza dalam portfolio mobiliti jenama itu di Malaysia. Sama ada untuk SUV keluarga praktikal daripada HAVAL, atau kenderaan off-road yang serius daripada TANK, serta pernyataan fesyen kompak yang bergaya ORA atau bahkan kemewahan yang ditampilkan oleh WEY, anda pasti akan menemui sesuatu yang sesuai dan memenuhi keperluan serta kehendak anda.
Bukan itu saja. GWM Malaysia juga membolehkan anda memilih sistem janaan kuasa yang diingini, yang terdiri daripada rangkaian kuasa hibrid (HEV), plug-in hybrid (PHEV) dan bateri-elektrik (EV) merentasi barisan penawaran yang ada dan meliputi gaya badan hatchback, SUV dan MPV. Semuanya dilengkapi dengan teknologi canggih yang direka untuk memudahkan pengguna.
Tidak cukup dengan barisan kenderaan sedia ada yang pelbagai, GWM Malaysia juga mempamerkan ORA 5 HEV dan HAVAL H7 Hi4 PHEV di KLIMS. Kedua-duanya menggunakan enjin turbo 1.5 liter dan transmisi hibrid khusus dua-kelajuan (DHT); yang pertama ialah SUV hibrid kompak yang mampu mencapai jarak gabungan sejauh 1,100 km, manakala yang kedua ialah model SUV plug-in hybrid off-road yang dikuasakan oleh teknologi Hi4, dengan jarak CLTC EV sepenuhnya sejauh 150 km.
Ruang pameran GWM Malaysia di KLIMS 2026 sememangnya destinasi sehenti bagi mereka yang ingin menilai semua penyelesaian mobiliti berbeza yang ditawarkan jenama itu ketika ini di Malaysia. Selain kesempatan untuk melihat dari dekat semua kenderaan terbabit, pengunjung juga boleh memandu uji, serta mengambil bahagian dalam aktiviti interaktif laluan berhalangan yang melibatkan model-model TANK. Dan bagi anda yang ingin memiliki sebuah kenderaan GWM pula, tentunya ada banyak tawaran eksklusif yang menanti di KLIMS.
Jangan terlepas untuk mengunjungi ruang pameran GWM Malaysia di KLIMS. Lihat sendiri bagaimana kenderaan HAVAL, TANK, ORA dan WEY disasarkan “Untuk Setiap Pengguna, Untuk Setiap Perjalanan” dan alami bagaimana ia melengkapi gaya hidup unik anda di Malaysia. Lawati halaman Facebook, Instagram dan TikTok GWM Malaysia untuk maklumat terkini.




























