Kereta terbang kedua negara dibangunkan di Eropah, penerbangan pertama pada Q3 2020 – Redzuan

Kereta terbang kedua negara dibangunkan di Eropah,  penerbangan pertama pada Q3 2020 – Redzuan

Prototaip kereta terbang pertama negara, Vector, yang dibangunkan oleh Aerodyne, pun masih belum terlihat di kaca mata umum. Malah belum juga ‘muncul’ biar pun sebelum ini ia dikatakan bakal diperkenalkan bulan ini.

Namun, hari ini, Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, telah memperkatakan pula mengenai kereta terbang kedua negara.

Menurutnya, kereta terbang kedua negara menggunakan teknologi yang berbeza daripada kereta terbang pertama akan membuat penerbangan pertamanya pada suku ketiga (Q3) tahun depan.

“Kereta itu sedang dibangunkan di Eropah dan perbincangan telah dilakukan dengan pembina sama ada untuk membawa kereta itu melakukan penerbangan pertamanya pada tahun depan. Versi kedua menggunakan teknologi baharu dan kita telah berbincang sama ada ia boleh dilakukan, dan sekiranya ada minat di negara ini, untuk mengadakan penerbangan pertama pada suku ketiga tahun depan,” katanya menerusi laporan Bernama.

Sebelum ini, projek kereta terbang pertama negara menerima kritikan hebat daripada pelbagai pihak termasuklah pelapor khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Prof Phillip Alston. Walau bagaimana pun, Redzuan tetap mempertahankan projek berkenaan dan berkata, “Projek ini adalah inisiatif swasta. Jika anda lihat pada seluruh eko sistem industri itu sendiri, saiznya adalah kira-kira USD500 bilion seantero dunia, ini industri besar yang kita harus terlibat dan sokong.”

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required