Beli alat ganti atas talian dari luar negara – hati-hati dengan duti import dan cukai, hingga 40 peratus

Beli alat ganti atas talian dari luar negara – hati-hati dengan duti import dan cukai, hingga 40 peratus

Dalam zaman serba mudah sekarang, kita boleh melakukan pembelian atas talian bukan sahaja daripada platform tempatan, tapi juga luar negara. Semuanya bergantung kepada kita untuk menimbang sama ada laman tersebut boleh dipercayai atau tidak, dengan harapan barang tersebut akan sampai secara selamat.

Ini sekaligus memberikan sedikit ketenangan kepada pemilik kenderaan yang susah untuk mendapatkan alat ganti dari dalam negara kerana boleh mendapatkannya dari seluruh dunia. Ini termasuklah juga saya yang memiliki KTM Enduro 690 tahun 2015. Setakat alat ganti asal pengeluar memang boleh didapati daripada pengedar rasmi KTM di Malaysia, tapi untuk aksesori sedikit sukar.

Sedikit cerita tentang motosikal itu, sebelum ini saya memang sudah menggunakan penapis udara dan ekzos aftermarket manakala ECU pula telah ditala untuk dijadikan sesuai dengan pakej tersebut. Walaubagaimanapun, setelah hampir tiga tahun digunakan, bahagian gentian karbon pada ekzos tersebut telah pecah dan perlu ditukar. Saya akhirnya membuat keputusan untuk membeli sahaja ekzos baru yang dibuat daripada stainless steel pula. Ekzos asal sudah tidak sesuai dengan pemetaan ECU.

Beli alat ganti atas talian dari luar negara – hati-hati dengan duti import dan cukai, hingga 40 peratus

Untuk unit aftermarket, setelah beberapa minggu mencari di dalam Malaysia, saya cuma menjumpai unit Akrapovic yang berharga lebih RM7k untuk slip-on sahaja. Ini terlalu jauh daripada bajet, dan saya beralih kepada atas talian untuk unit yang lebih mampu milik. Dipendekkan cerita, saya membuat keputusan untuk membeli unit jenama Arrow daripada satu laman web yang berpusat di Itali dengan harga 349.56 Euro (sekitar RM1,600).

Pembelian dilakukan pada 15 November 2019, dan pada 19 November, melalui no penjejak (tracing number) saya dapat tahu ia sudah mula dipos menggunakan khidmat Poste Italianne. Sudah tentu, dalam hati terasa tidak sabar menunggu ia tiba tapi pada 2 Disember saya dapati terdapat masalah di mana bungkusan tersebut sangkut di pusat pertukaran antarabangsa Malaysia.

Awalnya saya cuma bersangka mungkin ia sekadar untuk pemeriksaan, tetapi lepas dua minggu masih tiada pergerakan, saya membuat keputusan untuk terus ke hab antarabangsa Pos Malaysia di KLIA. Ternyata barang tersebut ada di situ. Sebelum boleh diambil, saya diarahkan oleh pegawai Pos Malaysia untuk ke kaunter Kastam terlebih dahulu.

Beli alat ganti atas talian dari luar negara – hati-hati dengan duti import dan cukai, hingga 40 peratus

Di situ saya disuruh untuk membuka bungkusan dan menyatakan apa di dalamnya. Kemudian, mereka memberitahu ada duti import serta cukai yang perlu dibayar. Saya sudah menjangkakan perkara ini dan yang lebih penting adalah berapa. Setelah mengambil kira jenis barang, pegawai tersebut memberitahu duti import adalah 25 peratus dan cukai SST pula 10 peratus. Ia dikira daripada jumlah keseluruhan barang dalam Ringgit Malaysia, setelah dibundarkan kepada RM1,600.

Secara keseluruhannya, untuk barang tersebut dilepaskan, saya perlu membayar duti import RM400 (25% x RM1,600) dan SST RM200 (10% x (RM1,600 + RM400)). Jadi kesimpulannya, jumlah keseluruhan barang saya itu termasuk duti dan cukai adalah RM2,200. Harga RM1,600 yang saya bayar awalnya kepada laman web Eropah itu adalah harga dengan diskaun, tetapi apabila sudah dicampurkan dengan cukai ini, harganya seperti kembali kepada asal. Walaupun begitu, ia masih adalah unit yang termurah dalam pasaran.

Beli alat ganti atas talian dari luar negara – hati-hati dengan duti import dan cukai, hingga 40 peratus

Jadi, melalui pengalaman ini, kami mahu mengingatkan anda bahawa apabila membeli barang alat ganti atas talian dari luar negara, masukkan sekali kos duti import dan cukai ini supaya anda tahu harga sebenar untuk barang tiba kepada anda. Jangan sampai nanti setelah membeli barang tersebut, dan ia sangkut di kastam, anda tidak sanggup pula untuk membayar cukai kerana terlalu mahal. Kalau anda tidak bayar, barang juga tidak boleh diambil.

Anda sebenarnya boleh melihat tarif duti import dan cukai ini melalui laman web kastam, dengan mencari Kod HS barang tersebut. Setakat yang kami perhatikan, untuk alat ganti kenderaan, ia boleh pergi antara lima peratus hingga 40 peratus. Kemudiannya, ada lagi tambahan 10 peratus untuk cukai SST. Jadi, bergantung kepada anda lah sama ada sanggup atau tidak untuk membayar cukai dan duti ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 

Comments

  • Zaid Hashim on May 30, 2020 at 8:08 pm

    Hello, kalau beli kasut dari Vietnam, akan dikenakan duti import juga ke? Saya nak beli 5 pasang kasut

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Hasnol bin Mohamed Harudin on Dec 14, 2020 at 12:05 am

    Good info.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Muhammad Shamim Imran bin Mohd Ashraf on Apr 17, 2021 at 5:23 am

    Interesting article. Lama dulu (saya pun tak ingat tahun mana) saya pun pernah sangkut CD yang saya order dari USA. Serupa jugak seperti anda alami, pihak Kastam Dan Eksais buka packaging di hadapan mata saya tetapi bukan di KLIA, sebaliknya di Dayabumi, Pos Malaysia. Kemudian apabila beliau tanya ini CD apa, saya kata Metallica, rakaman gig tertentu di luar negara. Dia test sikit knowledge saya pasal Metallica (maybe he was a fan too, hahaha…), dia tak play pun CD tersebut. After that, dia lepaskan tanpa dikenakan sebarang cukai. Saya pun hairan juga mengapa ditahan dan barang jenis apa yang boleh ditahan. Waktu itu, awal dekad 2000-an (ini sebelum zaman online shopping boom kat Malaysia), saya selalu order barang melalui E-Bay, Amazon, dan pelbagai website direct untuk macam-macam barang keperluan personal dan professional seperti walkie talkie, rechargeable batteries and units, stopwatches, jersi bola, t-shirt rock, pakaian, dari negara lain seperti USA, UK/Eropah, Singapore, dan tak pernah pun ditahan tetapi ada sekali jersi bola saya hilang di Pos Malaysia KLIA (tak dapat nak trace, saya tak ambil option shipping tersebut, tetapi steady Everton hantar jersi ganti selepas itu yang tiba pulak). Sebab saya beli overseas adalah samada tak masuk akal punya mahal di sini ataupun tiada availability (tidak jual langsung) benda yang saya nak itu.

    Yang saya lebih hairan adalah sekarang ini di zaman Shopee, Lazada, dan macam-macam lagi termasuk dropshipping, yang mana kebanyakkann datang dari China PR, bagaimana pula tidak pula dengan cerita barang-barang yang dipesan melalui platform sedemikian ditahan oleh Kastam & Eksais, walaupun dari overseas. Dalam invoice pembelian, tidak pula dinyatakan penjelasan apa-apa cukai.

    Jadi persoalannya, bagaimana pihak Kastam & Eksais membuat keputusan, dan barang apa yang sepatutnya terkena/terlepas dan siapa pula yang akan terkena/terlepas, adakah random? Proliferation courier companies yang pelbagai adalah bukti bahawa online shopping ini memang big deal walaupun best estimates some surveys kata adalah tak sampai 10% daripada total of consumption.

    Maybe somebody knows the answer…??

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • Jersi saya pun baru baru ni hilang aduii…nasib baik jersi free. Rupa-rupanya rider sendiri potong plastik wrapper tarik baju keluar tinggal mousepad je. Cerita pasal nak deliver baju ni, paksa pesan kat seller tolong bungkus dalam kotak sebab takut wrapper kena tikam.

      Kalau beli kat amazon sekarang ni diorang include “estimated import fees deposit”, jika ada baki lebihan selepas release dari kastam, amazon akan refund. So, peace of mind, tak payah deal atau jadi broker di garaj kastam lagi. Untuk platform mcm LAZ dan Shopee, semua harga tu dah termasuk sekali dengan cukai import dan dihantar secara in-bulk. Apa-apa pun diorang dah signed trading treaty ACFTA, probably kalau tak salah, sama2 menang juga kan.

      Time 2000an, ingat lagi import barang2 dari Jepun, kena semua dengan duti import x harga barang, lepas tu sales tax x (harga barang + nilai duti import), yang buat rasa berat memandang tu kenapa kos shipping tu masuk dalam harga barang, kena tax lagi walaupun kita dah bayar tax untuk shipping dari negara kita beli, it’s like we’re paying tax from a taxed service. hahaha entahlah.

      So, siapa2 nak buat startup business tu yang berkait dengan tangible product dari luar negara, refer dengan kastam untuk faham tax2 berkaitan, test market dulu, order dalam kuantiti kecil, dan start buat pre-order program untuk potential customer. huh…dah keluar topik.

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Rusdi on Jul 11, 2021 at 12:05 pm

    Ada sesiapa tahu & ada pengalaman import ATV direct dari China tak?
    1. Berapa import duti?
    2. Ada kena charge sst tak?
    3. Berapa ya estimate shipment sebiji ATC door to door china smpi KL?
    Thanks

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required