Kabinet ambil keputusan tak akan jual PLUS – laporan

Kabinet ambil keputusan tak akan jual PLUS – laporan

Kerajaan nampaknya telah mengambil keputusan bahawa PLUS Malaysia tidak akan dijual dan akan kekal di bawah pegangan Khazanah Nasional dan KWSP, seperti dilaporkan oleh The Edge Markets. Laporan itu memetik sumber dalaman yang memaklumkan perjanjian konsesi lebuhraya dengan PLUS bagaimanapun akan distruktur semula dengan matlamat untuk mengurangkan kadar tol untuk manfaat rakyat.

Sebelum itu pernah dilaporkan yang pengguna bakal menikmati potongan harga sehingga 18% bagi kadar tol di Lebuhraya Utara Selatan berikut pengambilalihan itu, seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2020. Kabinet telah membincangkan perkara berkaitan PLUS ini pada Rabu, dan disahkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. Pengumuman rasmi oleh kerajaan akan dilakukan nanti.

Khazanah Nasional, melalui UEM Group memiliki 51% kepentingan PLUS, sementara KWSP memiliki baki 49%. Lebuhraya yang diselenggara oleh PLUS adalah termasuk Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Sambungan Kedua, Jambatan Pulau Pinang, Lingkaran Tengah Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Butterworth-Kulim dan Lebuhraya Seremban-Port Dickson.

Kabinet ambil keputusan tak akan jual PLUS – laporan

Semalam Khazanah memaklumkan melalui sebuah kenyataan yang kerajaan telah berbincang dengan pemegang saham PLUS dengan matlama untuk mengurangkan beban tol ke atas pengguna, mengurangkan tekanan pampasan oleh kerajaan serta menghormati nilai konsesi yang terlibat bagi pihak-pihak berkepentingan ke atasnya.

Sumber berkenaan juga dilaporkan menambah bahawa kerajaan belum membuat keputusan terhadap cadangan pengambilalihan empat lebuhraya di Lembah Klang yang dikendalikan oleh Gamuda. Lebuhraya yang terlibat termasuk Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dan Terowong Smart.

Disember lalu, Lim memaklumkan Kabinet akan membuat keputusan terhadap cadangan pengambilalihan lebuhraya yang dikendalikan oleh PLUS dan Gamuda pada Januari, selepas menentukan hal-hal berkaitan antaranya untuk mengurangkan tanggungan bayaran pampasan berlebihan kepada konsesi akibat pembekuan kenaikan kadar tol sebelum ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required