Jualan Geely jatuh 75% bagi Februari, kesan Covid-19

Jualan Geely jatuh 75% bagi Februari, kesan Covid-19

Iklim ekonomi dunia agak suram ketika ini, ditambah pula sebagai kesan kepada wabak Covid-19 yang sedang merebak ketika ini. Hal ini antaranya dapat dilihat melalui angka jualan Geely Automobile Holding sepanjang bulan lalu. Termasuk Lynk & Co, syarikat itu mencatatkan penurunan jualan mencecah 75% kepada hanya 21,168 unit bagi Februari 2020 berbanding tempoh sama tahun lalu.

Gangguan yang disebabkan olah wabak coronavirus menjadi antara faktor utama, selain daripada suasana suram ekonomi dunia. Ini termasuk juga jumlah cuti yang panjang sepanjang Februari sempena Tahun Baru Cina. Syarikat pengeluar kenderaan lain juga sebelum ini mengumumkan terkesan dengan wabak Covid-19 yang menular. Ford misalnya telah mengeluarkan garis panduan untuk memberhentikan pengeluaran, sementara Tatat, Mahindra dan Nissan berdepan dengan gangguan bekalan komponen dari China.

Jumlah jualan keseluruhan yang direkodkan oleh kumpulan Geely bagi dua bulan pertama tahun ini ialah 133,006 unit, mewakili penurunan sebanyak 45% berbanding tempoh sama tahun lalu. Itu membuatkan Geely hanya baru mencapai 9% daripada sasaran setahunnya setakat ini, daripada jumlah awal 1,410,000 unit yang disasarkan bagi 2020. Angka eksport syarikat itu juga menurun sebanyak 59% dari tahun ke tahun kepada 4,847 unit sahaja bagi tempoh dua bulan pertama ini.

Jualan keseluruhan di pasaran China juga jatuh sebanyak 44% berbanding tempoh sama tahun lalu kepada 128,159 unit sahaja bagi tempoh dua bulan ini. Daripada jumlah itu, 6,421 unit adalah dari kenderaan tenaga baru dan elektrik. Sepanjang Februari, sebanyak 8,321 unit sedan, 11,934 unit SUV dan 913 unit MPV telah terjual. Bagi tempoh sama, sebanyak 2,066 unit sahaja kenderaan Lynk & Co terjual.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required