Mansory Venatus – Lamborghini Urus dengan 810 PS

Mansory Venatus – Lamborghini Urus dengan 810 PS

Kalau anda pernah melihat hasil kerja syarikat ubah suai Mansory, dari Jerman ini, anda pasti tahu semuanya ganas-ganas dan cukup menonjol. Samalah dengan hasil terbaru mereka yang menggunakan Lamborghini Urus dan dipanggil Venatus ini.

Selain warna biru yang agak terang, anda juga dapat melihat kit badan tersendiri Mansory yang agak sibuk, pada keseluruhan bahagian depan, tepi dan belakang. Ada di antara kemasan pada bahagian luar ini menggunakan gentian karbon dan kemudiannya diserlahkan lagi dengan jalur serta angkup brek berwarna hijau neon.

Rim yang digunakan oleh Mansory pada Venatus ini mempunyai saiz 24 inci, dan ia dibalut dengan tayar 295/30 di hadapan dan 355/25 di belakang. Bergantung kepada pandangan anda, penampilan SUV prestasi ini boleh jadi menggerunkan atau mungkin juga keterlaluan.

Bahagian dalam juga menggunakan konsep warna sama, di mana hampir keseluruhan bahagian dibalut dengan kulit yang berwarna biru, kemudian terdapat kemasan gentian karbon pada tepi pintu, papan pemuka serta konsol tengah, dan jalur hijau neon.

Enjin V8 4.0 liter twin turbo yang berada di bawah bonet kenderaan ini dipertingkat untuk menghasilkan 810 PS dan 1,000 Nm tork, sekaligus menjadikannya 160 PS dan 150 Nm tork lebih berbanding Urus standard. Pecutan 0-100 km/j boleh dilakukan dalam masa 3.3 saat manakala laju maksimum pula adalah 320 km/j.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required