Litrak umum Plaza Tol Pantai (A) di Lebuhraya Sprint ditutup mulai 23 hingga 31 Mac bagi mematuhi PKP

Litrak umum Plaza Tol Pantai (A) di Lebuhraya Sprint ditutup mulai 23 hingga 31 Mac bagi mematuhi PKP

Bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak) pengendali Lebuhraya Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), memaklumkan Plaza Tol Pantai (A) Hubungan Kerinchi, laluan arah utara dan selatan akan ditutup sementara bermula 23 Mac 2020 (12.00 tengah malam) sehingga 31 Mac 2020 (12.00 tengah malam).

Menurut Litrak, penutupan ini adalah selaras dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan dan antara langkah proaktif syarikat dalam membantu pihak Kerajaan dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19 di Malaysia.

Walau bagaimanapun, pengguna lebuh raya masih boleh menggunakan Plaza Tol Pantai (B) untuk ke destinasi yang dituju. Di mana semua kenderaan yang datang dari arah Kuala Lumpur akan dilencongkan ke Plaza Tol Pantai (B) yang menghala ke Hartamas, Petaling Jaya dan Damansara.

Manakala bagi kenderaan yang datang dari arah Hartamas, Petaling Jaya dan Damansara perlulah mengikut lorong kiri untuk melalui Plaza Tol Pantai (B) bagi meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur.

Litrak turut menasihati pengguna lebuh raya agar mematuhi arahan PKP yang dikeluarkan. Segala perkembangan mengenai perjalanan operasi lebuhraya ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required