Dari S’pura terus ke Bahau – wanita di kompaun RM1k

Dari S’pura terus ke Bahau – wanita di kompaun RM1k

Malam tadi, dua orang adik beradik telah menjadi pesalah pertama di kompaun RM1,000 di Kuala Pilah selepas pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengumumkan penguatkuasaan sedemikian semalam, lapor Harian Metro.

Kedua-duanya dikompaun mengikut Seksyen 22 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 selepas ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, kedua-dua mereka ditahan polis semasa melalui sekatan jalan raya di Ulu Bendul pada 10.50 malam.

“Berdasarkan siasatan awal, wanita berusia 26 tahun itu bekerja di Singapura dan pulang ke negara ini sebelum diarahkan dikuarantin selama 14 hari di Johor Bahru. Bagaimanapun, dia melanggar arahan itu apabila pulang ke negeri ini dengan menaiki bas sehingga ke Seremban dengan alasan mahu melawat ibunya di Bahau. Abangnya berusia 29 tahun kemudian menjemput wanita berkenaan sebelum mereka ditahan,” katanya.

Amran menjelaskan bahawa kedua-dua beradik ini didapati melakukan kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang boleh di hukum mengikut Peraturan 11 akta sama.

Selepas ditahan, mereka dibawa ke Balai Polis Melang dan seterusnya tawaran dikompaun kesalahan RM1,000 dikeluarkan mengikut Seksyen 22 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Amran mengesahkan wanita berkenaan seterusnya dibawa ke Institut Aminuddin Baki, Pusat Kuarantin Nilai oleh pasukan dari Pejabat Kesihatan Kuala Pilah untuk dikuarantin.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required