Tambahan senarai perkhidmatan penting fasa tiga PKP

Tambahan senarai perkhidmatan penting fasa tiga PKP

Memasuki fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari ini hingga 28 April nanti, kerajaan telah mengumumkan pertambahan bagi senarai perkhidmatan penting yang dibenarkan, menjadikan angka terbarunya 15 berbanding 10 bagi fasa kedua sebelum ini. Senarai baru ini telah menjadi sebahagian daripada Warta Kerajaan Persekutuan – Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang diterbitkan pada 14 April 2020.

Senarai 10 perkhidmatan penting sepanjang fasa kedua sebelum ini terdiri daripada:

  • Makanan
  • Air
  • Tenaga
  • Komunikasi dan Internet
  • E-Dagang
  • Sisa buangan pepejal dan pengurusan kebersihan dan saliran awam
  • Kesihatan dan perubatan termasuk supplement pemakanan
  • Perbankan dan kewangan
  • Keselamatan dan pertahanan
  • Logistik yang tertakluk kepada perkhidmatan penting berkaitan

Tambahan senarai perkhidmatan penting fasa tiga PKP

Lima tambahan terbaru perkhidmatan terpenting bagi fasa tiga PKP termasuk:

  • Hotel dan penginapan
  • Pengangkutan darat, laut dan udara
  • Perkhidmatan pelabuhan, limbungan dan lapangan terbang serta yang berkaitan; termasuk stevedoring, lighterage, pengendalian kargo dan pilotage serta penyimpanan atau pengumpulan komoditi
  • Pengeluaran, penapisan, penyimpanan, bekalan dan pengedaran bahan api dan pelincir
  • Mana-mana perkhidmatan, pekerjaan atau industri yang ditentukan oleh menteri selepas mendapatkan rundingan dari badan bertanggungjawab masing-masing yang terlibat

Tambahan senarai perkhidmatan penting fasa tiga PKP

Ketika fasa peratma PKP dari 18-31 Mac, kerajaan telah menetapkan 22 perkhidmatan penting yang diberi kelonggaran, tetapi dikecilkan kepada hanya 10 bagi fasa kedua PKP, dari 1 hingga 14 April. Senarai sah semasa adalah berdasarkan perkara-perkara yang diwartakan secara rasmi oleh kerajaan. Sebarang perlanggaran atau perlakuan ingkar selepas ini akan dikenakan tindakan tegas, termasuk terus direman dan dihadapkan ke mahkamah.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required