PKP: Akses ke Plaza Stesen LRT Masjid Jamek sebelah Bank OCBC/Muamalat ditutup sementara

PKP: Akses ke Plaza Stesen LRT Masjid Jamek sebelah Bank OCBC/Muamalat ditutup sementara

Untuk anda yang masih perlu pergi bekerja dengan menaiki LRT, ini ada makluman daripada Rapid Rail Sdn Bhd, selaku pengendali perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya dan Laluan Ampang/ Sri Petaling.

Rapid Rail telah mengumumkan penutupan sementara kesemua pintu keluar atau masuk di Plaza Stesen LRT Masjid Jamek (bersebelahan OCBC Bank dan Bank Muamalat) mulai hari ini, 16 April, hingga tamat Fasa 3 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 28 April 2020. Penutupan sementara ini adalah berikutan dari perluasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sekitar kawasan Masjid India.

Walau bagaimanapun, pintu keluar atau masuk Stesen LRT Masjid Jamek yang terletak bersebelahan dengan Masjid Jamek masih dibuka dan perkhidmatan LRT akan beroperasi mengikut waktu operasi semasa PKP.

Pengguna LRT Laluan Kelana Jaya atau Laluan Ampang/ Sri Petaling hanya boleh membuat penukaran tren sahaja di Plaza Stesen LRT Masjid Jamek. Manakala bagi pengguna yang ingin ke atau dari arah Sentul Timur, mereka dinasihatkan untuk mengguna terowong sambungan di stesen tersebut bagi membuat penukaran serta untuk keluar atau masuk melalui bahagian stesen (bersebelahan Masjid Jamek) yang tidak ditutup.

Pegawai Khidmat Pelanggan dan Polis Bantuan juga akan ditempatkan bagi membantu mereka yang memerlukan bantuan. Rapid Rail juga menasihati orang awam agar sentiasa mematuhi PKP, menjaga jarak sosial yang telah ditetapkan serta merancang perjalanan mereka berikutan penutupan sementara ini.

Untuk maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan Rel Rapid KL, layari akaun media sosial Rapid KL atau menghubungi talian bantuan di 03-7885 2585.
TAMAT

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required