PKP: Lebih 500k individu daftar Gerak Malaysia, 250k daripadanya mohon permit rentas negeri – PDRM

PKP: Lebih 500k individu daftar Gerak Malaysia, 250k daripadanya mohon permit rentas negeri – PDRM

Selepas dilancarkan pada 24 April lalu, kini aplikasi Gerak Malaysia telah menerima lebih 500,000 pendaftaran dengan setengah daripadanya memohon untuk mendapatkan permit bagi melakukan perjalanan rentas negeri.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, jumlah itu diperoleh daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sehingga tengahari semalam.

“Jumlah pendaftaran diterima setakat jam 12 tengah hari (semalam) daripada SKMM adalah lebih 500,000 individu. Daripada jumlah itu, lebih 250,000 membuat permohonan untuk mendapatkan permit bagi melakukan perjalanan rentas negeri,” katanya ketika dihubungi oleh Harian Metro.

Buat masa ini, kerajaan belum mengumumkan tarikh kebenaran untuk memulakan perjalanan bagi individu yang memohon permit terbabit. Walau bagaimana pun, sekali lagi ditegaskan, permit tersebut hanya boleh digunakan bagi tujuan perjalanan sehala sahaja iaitu bagi mereka yang terkandas di kampung dan mahu pulang ke rumah masing-masing.

Semalam, Huzir turut berkata, amat perlu bagi polis memastikan bahawa setiap permohonan yang diterima adalah untuk tujuan yang dibenarkan sahaja, supaya perancangan pergerakan antara negeri dapat berjalan dengan lancar dan tidak menyulitkan pengguna-pengguna lebuh raya atau jalan raya yang terbabit.

Tambahnya lagi, dalam tempoh yang ditetapkan, pihak polis akan memantau dan menilai trend permohonan yang diterima melalui aplikasi tersebut. Hasil pemantauan dan penilaian akan dimaklumkan kepada kerajaan agar tarikh pergerakan seperti mana yang diumumkan semalam dapat dikaji semula dan diselaraskan mengikut jumlah permohonan yang diterima.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • adnan on Apr 28, 2020 at 11:59 pm

    kalau min buka apps tu,dia akan minta alamat,dekat situ telah berlaku kekeliruan,saya sendiri pun keliru,residential address tu kena letak alamat kita yang terkandas atau pun alamat yang hendak dituju(balik ke rumah di bandar) ?

    mohon pencerahan ya sebab saya sendiri pun banyak kali ubah alamat,sekejap letak alamat kg sekejap letak alamat di bandar,saya call balai polis berhampiran,pihak atasan pun kurang pasti

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required