Kementerian Pengangkutan diarah pinda akta untuk hukuman pemandu mabuk, pengaruh dadah – PM

Kementerian Pengangkutan diarah pinda akta untuk hukuman pemandu mabuk, pengaruh dadah – PM

Kes kemalangan jalan raya yang melibatkan pemandu mabuk dilihat semakin serius. Sejak beberapa tahun ini, kerajaan pimpinan sama ada yang terdahulu termasuk Barisan Nasional dan Pakatan Harapan acapkali menyuarakan cadangan untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) supaya hukuman lebih berat dikenakan terhadap individu yang disabitkan dengan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah.

Walau bagaimana pun, cadangan itu sampai ke hari ini tiada keputusan muktamad. Melihat akan keseriusan kes ini yang turut melibatkan banyak nyawa tidak bersalah menjadi korban, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengarahkan Kementerian Pengangkutan merangka pindaan akta berkenaan.

Menerusi entri di laman Facebook rasmi beliau tengahari tadi, Perdana Menteri berkata, “Saya memandang berat bilangan kes kemalangan jalan raya akibat pemandu mabuk yang dilihat semakin membimbangkan kebelakangan ini. Sebagai ketua kerajaan yang juga seorang bapa, saya memahami keresahan rakyat dan keluarga mangsa kemalangan yang mahu kerajaan bertindak tegas menangani perkara ini.

“Statistik oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan sebanyak 21 kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk dicatatkan sepanjang lima bulan pertama tahun ini. Daripada jumlah itu, lapan mangsa telah kehilangan nyawa.

Perkara ini amat membimbangkan kerana jumlah yang direkodkan menghampiri keseluruhan 23 kes yang dicatatkan sepanjang tahun lepas,” katanya.

Kementerian Pengangkutan diarah pinda akta untuk hukuman pemandu mabuk, pengaruh dadah – PM

Beliau turut memaklumkan pindaan akta ini akan dimuktamadkan pertengahan Jun depan sebelum dibawa ke Dewan Rakyat untuk dibentangkan pada persidangan akan datang.

Mengikut undang-undang sedia ada, individu yang memandu dalam keadaan mabuk boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM6,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan.

Manakala bagi kesalahan memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan kematian pula, pesalah boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 dan penjara maksimum 10 tahun.

“Pindaan ke atas Akta 333 diharap dapat menetapkan hukuman mandatori lebih berat dan setimpal terhadap pemandu mabuk yang menyebabkan kecederaan apatah lagi kematian kepada pengguna jalan raya yang lain.

Saya juga berharap pindaan hukuman ini kelak akan memberi pembelaan kepada waris keluarga mangsa kemalangan yang terjejas akibat pemandu mabuk,” sambungnya lagi.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required