TIV industri automotif tempatan dijangka turun 28% menjelang akhir tahun 2020 – kaji selidik MARii

TIV industri automotif tempatan dijangka turun 28% menjelang akhir tahun 2020 – kaji selidik MARii

Institut Automotif, Robotik dan IoT (MARii) telah menjalankan satu kaji selidik mengenai jangkaan terbaharu bagi jumlah jualan keseluruhan industri (TIV) bagi tahun ini. Di mana MARii menjangkakan TIV tersebut akan menurun sebanyak 28% menjelang akhir 2020. Penurunan ini disebabkan penutupan kilang pengeluar automotif dan pusat jualan kenderaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula sejak 18 Mac lalu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MARii, Datuk Madani Sahari, TIV rendah tahun ini akan berlaku sekiranya tiada langkah-langkah diambil untuk merancakkan kembali perbelanjaan pengguna dalam sektor tersebut.

Tambahnya lagi, bagi memastikan industri automotif terus bertahan, MARii menganggarkan TIV pada sekurang-kurangnya 500,000 unit diperlukan agar perniagaan tidak berdepan dengan krisis.

TIV industri automotif tempatan dijangka turun 28% menjelang akhir tahun 2020 – kaji selidik MARii

“Tahun 2020 bukan lagi tahun keuntungan bagi sektor automotif tetapi sebaliknya tahun meneruskan kelangsungan hidup. Meskipun memahami sentimen pengguna yang terus berhati-hati berikutan cabaran ekonomi ketika ini, namun kita juga perlu faham kemampanan ekonomi bergantung kepada perbelanjaan pengguna,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Bernama.

Madani turut berkata, langkah-langkah sementara telah membawa kepada peningkatan penjualan kenderaan, seperti semasa tempoh pengecualian cukai sebelum ini yang menyaksikan jualan kenderaan meningkat sebanyak 3.8% tahun ke tahun.

“Insentif inovatif boleh diperkenalkan seperti tidak mengenakan bayaran pendahuluan buat sementara waktu, mengurangkan kadar faedah pinjaman dan subsidi bersama antara pengeluar kereta dan kerajaan bagi cukai jalan dan insurans untuk jangka masa terhad.

TIV industri automotif tempatan dijangka turun 28% menjelang akhir tahun 2020 – kaji selidik MARii

“Di mana gabungan insentif itu akan mengurangkan bebanan pengguna untuk membeli kereta, tetapi tidak memberi kesan kepada kuasa beli mereka kerana akan hanya ada perbezaan kecil antara amaun pembayaran semula bulanan bagi pembeli kereta, pada mana-mana tahap atau segmen,” katanya lagi.

Jelasnya, mekanisme inovatif lain adalah seperti “pemilikan ala langganan” – yang mana kereta disewa berdasarkan kepada syarat-syarat tertentu daripada pengeluar kereta, dengan kereta masih dimiliki dan diselenggara oleh pengeluar peralatan tulen (OEM) bagi satu tempoh masa sebelum pemilikan dipindahkan kepada pembeli.

“MARii percaya, penting bagi merangsang permintaan menerusi pengenalan insentif untuk mengurangkan kegelisahan pengguna dan menangani kebimbangan mereka dalam membeli kenderaan, terutamanya apabila mereka perlu membeli kenderaan baharu untuk meneruskan rutin harian mereka,” katanya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required