Honda Odyssey facelift 2020 – perincian awal didedah

Honda Odyssey facelift 2020 – perincian awal didedah

Honda akan melancarkan Odyssey facelift tidak lama lagi di Jepun, dan sebelum itu, mendedahkan beberapa perincian awal berkenaannya. Ini adalah facelift kedua bagi Odyssey generasi kelima dan facelift pertama dilakukan pada tahun 2017.

Untuk pengetahuan, Odyssey yang masuk ke pasaran Malaysia adalah menggunakan asas model Jepun, dan ia berbeza dengan model yang direka khas untuk pasaran Amerika Syarikat (juga diberikan facelift awal tahun ini).

Antara ciri menarik yang akan dipasang pada Odyssey facelift ini adalah pintu gelungsurnya boleh dibuka dengan hanya menghayunkan tangan pada sensor, tanpa perlu menekan butang atau menarik pemegang. Menurut Honda, satu lampu biru akan menyala pada pintu apabila anda mendekatinya dan untuk membuka, cuma layangkan tangan berhampirannya.

Pada bahagian rekaan, gril dengan corak menegak sebelum ini telah diganti dengan corak heksagon bersama empat jalur melintang. Atas pada gril ini terdapat jalur krom yang tebal di tengah dan meruncing ke bahagian tepi. Bentuk lampu hadapan juga adalah baru, manakala bukaan udara di bawah dibesarkan dan diletakkan dengan lampu DRL LED.

Di dalam, bahagian atas papan pemuka direka semula dengan corong pendingin hawa yang lebih nipis, skrin sesentuh 10 inci di tengah, serta panel instrumen dan stereng baru. Pilihan enjin yang disediakan masih belum diberitahu tetapi Honda menyatakan akan ada versi yang menggunakan sistem i-MMD yang juga dikenali sebagai e:HEV.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required