Proton Saga CKD Kenya didedahkan di pasaran berkenaan, dikendali oleh Simba Corporation

Proton Saga CKD Kenya didedahkan di pasaran berkenaan, dikendali oleh Simba Corporation

Selepas kit CKD Proton Saga mula dihantar ke Kenya pada Ogos lalu, kereta berkenaan kini sudah pun mula dipasang dan diperkenalkan di negara tersebut, dirasmikan sendiri oleh Presiden Kenya, Uhuru Kenyatta pada 10 Disember 2020.

Kit-kit CKD tersebut di pasang oleh Simba Corporation (Simba) menerusi kilang Associated Vehicle Assemblers (AVA) yang terletak di Miritini, Mombasa. Majlis perasmian yang berlangsung minggu lalu tersebut turut menyaksikan pemimpin utama Kenya berkenaan menandatangani bonet sebuah Saga yang keluar dari barisan produksi kilang itu.

Berucap pada majlis tersebut, Presiden Uhuru mengalu-alukan usaha Simba Corporation kerana menyokong agenda kerajaan Kenya bagi menaikkan industri pemasangan kenderaan tempatan untuk menyumbang pendapatan dan mewujudkan peluang perkerjaan kepada belia-belia di Kenya, lapor akhbar tempatan Taarifa.

Akhbar berkenaan turut menyatakan bahawa permintaan terhadap kereta mampu milik kini sedang meningkat di rantau Afrika Timur, dan Proton Saga mungkin akan terjual dengan baik pada pasaran tersebut.

Selain dari Saga, AVA turut memasang model-model jenama lain seperti Toyota Hilux yang telah dilihat berjaya dalam industri pemasangan kenderaan di Kenya, dan mampu menghasilkan sehingga 10,000 unit kenderaan setahun, lapor Taarifa lagi.

Selain Kenya, Proton juga bakal melancarkan model-model baharunya di Bangladesh, Nepal dan Mesir serta X70 di pasaran Pakistan bulan ini. Menurut Proton, mereka telah mengeksport 405,267 unit kenderaan ke seluruh dunia semenjak akitiviti itu bermula pada tahun 1989 dengan model Saga. Pada akhir bulan November 2020, jumlah kenderaan yang telah di eksport ke negara lain telah melebihi jumlah dari tahun sebelumnya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required