VIDEO: Proton uji X70 1.5L T-GDI di kawasan pergunungan Pakistan bersalji setinggi 3,118 meter

Sebelum Proton X70 dilancarkan di Pakistan pada 18 Disember nanti, jenama automotif Malaysia berkenaan telah menyiarkan satu video menunjukkan SUV segmen-C tersebut diuji di kawasan pergunungan di negara itu, yang bukan sahaja perlu meredah permukaan jalan yang mencabar, malah turut perlu mengharungi cuaca yang sangat sejuk.

Menurut Proton, ujian X70 yang turut melibatkan pasukan dari Malaysia tersebut bermula pada 2 Februari 2020 dan berakhir pada 17 Julai lalu, dengan jarak sejauh 50,000 km. Antara laluan yang perlu dilalui oleh X70 berkenaan termasuk jalan berbukit di Lowari, dengan puncak tertinggi berada pada paras 3,118 meter.

Laluan tersebut bukan sahaja menampilkan permukaan jalan yang teruk, malah ia turut diliputi salji dengan suhu serendah -10 darjah selsius. Ujian ini turut meliputi kawasan laluan berpasir dengan suhu panas mencecah 52 darjah selsius.

Seperti yang disebutkan sebelum ini, X70 pasaran Pakistan ini tidak menerima enjin 1.8L T-GDI seperti di Malaysia, sebaliknya ia hanya dijana oleh gandingan enjin tiga-silinder 1.5L T-GDI yang sama seperti Proton X50 di sini, menjana 176 hp dan tork maksima 255 Nm, bersama kotak gear klac berkembar automatik tujuh kelajuan 7DCT.

Ia dibuat bagi membolehkan X70 dikenakan cukai yang lebih rendah di Pakistan, memastikan ia dijual pada harga lebih kompetitif pada pasaran berkenaan. Ujian ini membuktikan bahawa enjin lebih kecil tersebut tidak mempunyai masalah untuk dipandu pada kawasan mencabar, malah Proton mendakwa kelajuan maksima 205 km/j telah dicatatkan dalam ujian berkenaan.

X70 pasaran Pakistan ini ditawarkan dalam hanya dua varian iaitu versi asas Executive AWD, dan varian tertinggi Premium 2WD. Dari segi kelengkapan, X70 Premium pasaran Pakistan ini nampak setara dengan model Premium X pasaran Malaysia, dengan diberikan ciri seperti lampu LED hadapan dan belakang, pintu tailgate dengan fungsi bukaan tanpa sentuh, upholsteri kulit Nappa, skrin infotaimen lapan-inci dengan sistem “Hi Proton”, amplifier bersama sembilan pembesar suara termasuk subwoofer, bumbung panaromik dan pelbagai lagi.

VIDEO: Proton uji X70 1.5L T-GDI di kawasan pergunungan Pakistan bersalji setinggi 3,118 meter

Semua varian menerima enam-beg udara, manakala model Premium diberikan sistem bantuan pemanduan seperti brek kecemasan automatik, amaran pelanggaran hadapan, pemantau titik buta, cruise control adaptif dan lain-lain.

Harga untuk Proton X70 pasaran Pakistan ini masih belum diumumkan, namun Proton menyatakan kesemua barisan modelnya diberikan waranti selama lima-tahun/150,000 – pengeluar pertama yang menawarkan waranti sedemikian di pasaran tersebut. Unit-unit awalan Proton X70 di Pakistan ini akan dijual dalam versi CBU diimport dari Malaysia, manakala operasi CKD di kilang Al-Haj Automotive di Karachi akan bermula sebelum Jun 2021.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required