Proton jadi jenama pertama tawarkan waranti lima-tahun/150,000 km di Pakistan untuk semua modelnya

Proton jadi jenama pertama tawarkan waranti lima-tahun/150,000 km di Pakistan untuk semua modelnya

Proton telah pun mendedahkan SUV segmen-C X70 kepada media Pakistan semalam, sebelum ia dilancarkan pada pasaran berkenaan pada 18 Disember nanti. Selain dari mendedahkan spesifikasi, jenama automotif dari Malaysia berkenaan turut mengumumkan bahawa semua barisan modelnya yang akan dijual pada pasaran berkenaan akan dilindungi waranti selama lima-tahun atau 150,000 km, yang mana sampai dahulu.

Menurut portal automotif dari negara berkenaan, CarSpirit.pk, tawaran perlindungan waranti seperti yang diberikan oleh Proton ini adalah pertama seumpanya di Pakistan. Sebagai contoh, di pasaran berkenaan Honda hanya menawarkan waranti selama dua tahun/50,000 km manakala Toyota pula memberikan waranti selama tiga-tahun 100,000 km.

Proton X70 hanya akan dijual dalam dua varian pada pasaran Pakistan iaitu varian paling rendah adalah Executive AWD, dan varian tertinggi Premmium 2WD. Walau bagaimanapun kesemua varian pada pasaran tersebut hanya menerima enjin 1.5 liter tiga-silinder turbo dengan sistem suntikan terus berkuasa 176 hp dan tork maksima 255 Nm, digandingkan dengan kotak gear klac berkembar automatik tujuh kelajuan 7DCT.

Gandingan enjin lebih kecil dan kotak gear yang sama dengan Proton X50 pasaran Malaysia ini digunakan pada X70 pasaran Pakistan adalah untuk memastikan model berkenaan dikenakan cukai yang lebih rendah, sekaligus memastikan ia boleh dijual dengan harga yang lebih kompetitif.

Proton jadi jenama pertama tawarkan waranti lima-tahun/150,000 km di Pakistan untuk semua modelnya

Dari segi kelengkapan pula, X70 Premium pasaran Pakistan ini nampak setara dengan model Premium X pasaran Malaysia, dengan diberikan ciri seperti lampu LED hadapan dan belakang, pintu tailgate dengan fungsi bukaan tanpa sentuh, upholsteri kulit Nappa, skrin infotaimen lapan-inci dengan sistem “Hi Proton”, amplifier bersama sembilan pembesar suara termasuk subwoofer, bumbung panaromik dan pelbagai lagi.

Semua varian menerima enam-beg udara, manakala model Premium diberikan sistem bantuan pemanduan seperti brek kecemasan automatik, amaran pelanggaran hadapan, pemantau titik buta, cruise control adaptif dan lain-lain.

Harga untuk Proton X70 pasaran Pakistan ini masih belum diumumkan. Namun menurut CarSpirit.pk, ada sumber menyatakan bahawa ia akan dijual dengan harga yang cukup kompetitif dan mungkin lebih murah dari Kia Sportage dan Hyundai Tucson. Unit-unit awalan Proton X70 di Pakistan ini akan dijual dalam versi CBU diimport dari Malaysia, manakala operasi CKD di kilang Al-Haj Automotive di Karachi akan bermula sebelum Jun 2021.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required