Proton X70 dilihat sedang diuji di Pakistan – guna enjin 1.5L Turbo & DCT 7-kelajuan, lancar tahun depan

Proton X70 dilihat sedang diuji di Pakistan – guna enjin 1.5L Turbo & DCT 7-kelajuan, lancar tahun depan

Rancangan Proton di Pakistan nampaknya sedang berjalan lancar – selepas mengumumkan kerjasamanya dengan Alhaj Automotive yang telahpun diumum memulakan operasi kilang bagi penghasilan model CKD di negara berkenaan, kini SUV segmen-C Proton X70 sudah mula dilihat diuji di sana.

Set gambar yang tersebar ini disiarkan oleh portal automotif Pakistan, CarspiritPK.com. Menurut laman berkenaan, X70 tersebut dilihat di ibu negara Pakistan iaitu Karachi, dan ia bakal dijana oleh enjin 1.5 liter turbo GDI dan juga padanan kotak gear tujuh-kelajuan klac berkembar (DCT) automatik, berbeza dengan pasaran Malaysia yang dijana enjin 1.8 liter turbo GDI.

Konfigurasi tersebut adalah sama seperti unit janakuasa SUV segmen-B Geely Binyue (yang bakal dijelmakan sebagai Proton X50). Ia menampilkan enjin 3G15TD 1.5 liter tiga silinder berkuasa 174 hp/255 Nm, yang bukan sahaja menjana Binyue, malah terdapat dalam perut Boyue Pro dan Volvo XC40.

Manakala untuk kotak gear, unit yang digunakan adalah sama seperti X70 CKD pasaran Malaysia yang baru sahaja dilancarkan bulan ini – dihasilkan oleh Geely bersama Volvo, menggunakan sistem klac basah dengan tujuh-kelajuan, berbeza dengan sistem bermasalah klac kering yang pernah digunakan oleh Volkswagen dan Ford sebelum ini.

Proton X70 dilihat sedang diuji di Pakistan – guna enjin 1.5L Turbo & DCT 7-kelajuan, lancar tahun depan

Menurut laporan dari portal Pakistan ini lagi, X70 tersebut akan dilancarkan pada tahun 2021, dan padanan enjin 1.5 liter turbo tersebut dibuat bagi mengambil kesempatan terhadap sistem percukaian negara berkenaan, seterusnya ia akan memberikan kelebihan berbanding model lain dalam segmen yang sama.

Proton telah mengumumkan akan menjalankan operasi CKD di Pakistan buat pertama kali pada pada Mac 2019. Kilang tesebut akan dibina dan dimiliki oleh Al-Haj Automotive di Karachi dengan pelaburan awal bernilai US$30 juta (RM126 juta), dan bakal memulakan operasi sepenuhnya sebelum akhir tahun ini. Selain dari operasi ini, perjanjian tersebut turut menyebut bahawa Al-Haj akan menjadi pengedar tunggal Proton di Pakistan.

Pada April 2019 pula, Proton telah bertukar dokumen dengan Al-Haj berkenaan lesen dan perjanjian bantuan teknikal untuk pembangunan kilang di Karachi berkenaan. Majlis di Beijing tersebut disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamed yang ketika itu sedang menghadiri forum Satu Jalur Satu Jalan, bersama Pengerusi Geely, Li Shufu.

“Meluaskan pasaran kenderaan Proton di luar Malaysia adalah penting bagi kami untuk mencapai sasaran jangka panjang dan kami berharap pasaran automotif Pakistan akan menjadi salah satu enjin pertumbuhan pada masa hadapan,” kata pengerusi Proton Datuk Seri Syed Faisal Albar ketika pengumuman pada Mac 2019.

Sebelum ini, ada ura-ura Proton akan menggunakan gandingan enjin 1.5 liter dengan kotak gear 7-DCT tersebut untuk X70 pasaran tempatan, namun ia tidak diteruskan. Kenapa? Ketahuinya pada artikel yang telah kami tulis pada PAUTAN INI.

GALERI: Imej rasmi Proton X70 2020

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required