Indonesia sedang uji lorong tol RFID kelajuan tinggi?

Minggu lalu, tular satu video di Indonesia (serta turut dikongsi oleh warga net di Malaysia) menunjukkan satu ujian sistem pembayaran tol menggunakan Radio Frequency Identification (RFID) yang bukan sahaja tidak memerlukan pemandu memperlahankan kenderaan ketika melalui palang tol, malah turut boleh melepasinya pada kelajuan tinggi!

Video berkenaan dikongsikan oleh pemilik akaun Facebook bernama Edoward Jc dengan kapsyen “Uji coba bayar tol pakai RF (radio freqiensi) card.seberapa cepat reaksinya,” dan anda boleh lihat palang tol tersebut masih dapat terbuka dengan selamat walaupun sebuah van dipandu laju kearahnya tanpa langsung diperlahankan dan pembayaran tol tersebut juga telah berjaya dibuat sebelum palang dinaikkan.

Menurut laporan dari akhbar Indonesia, Kompas.com, ujian berkenaan dibuat di tol Simpang Susun Waru-Bandara Juanda, Surabaya. Lebuhraya berkenaan diuruskan oleh PT Citra Margatama Surabaya, anak syarikat PT Citra Marga Nusaphala Persada (CMNP).

Walau bagaimanapun, akhbar berkenaan melaporkan bahawa ia bukanlah ujian terbaharu, sebaliknya telah dilakukan sekitar empat tahun lalu. “Betul, itu (video ujian) dilakukan di Tol Waru-Juanda anak syarikat CMNP di Surabaya. Video itu tahun 2017. Waktu itu kami menguji SLFF (Single Lane Free Flow) sistem RFID,” kata jurucakap PT CMNP, Annisa Indrayanti kepada Kompas.

Annisa juga menjelaskan bahawa sistem SLFF ini sebenarnya tidak jauh berbeza dari sistem RFID Multi Lane Free Flow (MLFF) yang langsung tidak mempunyai palang tol. Sistem MLFF berkenaan bakal digunakan di Indonesia bermula 2022.

Kita di Malaysia juga mungkin akan turut mengguna pakai sistem MLFF pada masa akan datang. Menurut presiden Persatuan Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM), Datuk Azman Ismail pada Julai 2019, semua lebuhraya di seluruh negara akan menggunakan sistem MLFF setelah sistem RFID diimplementasikan di semua plaza tol.

“Saya yakin kami boleh (mencapai dalam masa tiga tahun). Ia bukan sesuatu yang baru sahaja kami mulakan, ia adalah kerja yang sedang berjalan. Jika anda tanya pada berberapa syarikat konsesi, kebanyakkan peralatan sudah pun dipasang di lorong, pada peringkat perintis,” katanya dalam satu laporan Bernama kira-kira dua tahun lalu.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required