Dari simulator, pelumba MSF Cyberturismo bakal berlumba dalam Saga Cup MSF Merdeka di Sepang

Dari simulator, pelumba MSF Cyberturismo bakal berlumba dalam Saga Cup MSF Merdeka di Sepang

Jika dahulu asas untuk menjadi pelumba professional adalah menerusi perlumbaan Go-Kart, dalam era baharu sekarang ada satu lagi pilihan yang membolehkan anda masuk ke dunia berkenaan iaitu menerusi perlumbaan simulator. Malah ia bukan sahaja platform untuk belajar – ketika seluruh negara berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu, perlumbaan simulator menjadi platform yang popular oleh pelumba professional berlumba kerana segala perlumbaan di litar terpaksa di batalkan.

Begitu juga dengan siri perlumbaan peringkat akar umbi utama dalam negara iaitu Malaysia Speed Festival (MSF) – dengan perlumbaan sebenar terpaksa dibatalkan, mereka beralih ke dunia maya dengan siri perlumbaan MSF CyberTurismo. Siri berkenaan bukan sahaja lengkap dengan pegawai perlumbaan dan juga penonton secara langsung di televisyen, ia turut menawarkan hadiah yang lumayan.

MSF CyberTurismo berlangsung dalam permainan Gran Turismo Sport yang dimainkan menerusi konsol Play Station 4. Ia menampilkan kategori dari kalangan pelumba sebenar dan juga pelumba alam maya. Dan setelah berakhirnya siri berkenaan, tiga orang pelumba alam maya berkenaan akan di bawa untuk berlumba di Sepang, dengan jentera lumba sebenar!

Tiga orang pemenang siri tersebut iaitu M Rahimi (XLR82HELL), Alvin Chai (Vin4ever) dan Ahmad Shafril (Pelpeiro _my) bakal menyertai perlumbaan one make Saga Cup, dengan jentera Proton Saga MSF-TOC SagaCup Project. Kesemua mereka telah membuktikan keupayaan masing-masing menerusi latihan, memperbaiki kawalan kereta dengan semua latihan yang telah mereka lengkapkan.

“Saya kagum dengan kemahiran memandu dunia sebenar yang dipamerkan oleh pemandu-pemandu yang telah terpilih ini, memandangkan mereka lahir dari dunia perlumbaan maya. Kami tak sabar untuk memberikan mereka peluang untuk berlumba dalam perlumbaan dunia sebenar paling panas, gila antara semua: MSF Saga Cup, dan berharap dapat melihat mereka berkembang dalam persekitaran berkenaan serta menjadi ikon bagi pelumba maya yang lain,” kata prinsipal MSF dan juga tenaga pengajar dalam program berkenaan, Adian Yein Khalid.

Berkenaan jentera lumba MSF-TOC Saga Cup pula, ia adalah Program Perantis untuk pelajar kolej automotif TOC yang ditugaskan bagi menghasilkan kereta lumba lengkap Saga Cup di bawah seliaan tenaga pengajar MSF. Selepas lama menyepi kerana pandemik yang melanda, akhirnya projek ini dapat disambung semula.

Tiga pelumba MSF CyberTurismo ini akan bertanding di MSF Merdeka, iaitu perlumbaan ketahanan sebanyak 88 lap di Sepang, tetapi sebelum itu mereka terlebih dahulu perlu berlumba dalam pusingan pertama MSF Superturismo yang akan berlangsung pada 18 Julai ini.

Tugas mereka buat masa sekarang adalah untuk memastikan mereka dan jentera lumba bersedia untuk memulakan perlumbaan pertama.

“Mereka telah diberikan peluang, sekarang mereka juga perlu untuk memperbaiki tahap kecergasan dan kemahiran masing-masing, dan bukan hanya berharap kepada program latihan. Halatuju untuk lebih baik dan menang perlu datang dari setiap individu,” kata Rashid Ramlan, tenaga pengajar Advanced Driving Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM), Rashid Ramlan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required