Daihatsu Rocky dilancarkan di Indonesia – 1.2L NA dan 1.0L turbo, M/T atau CVT, ada ASA, RM61k-RM67k

Daihatsu Rocky dilancarkan di Indonesia – 1.2L NA dan 1.0L turbo, M/T atau CVT,  ada ASA, RM61k-RM67k

Seperti mana yang diuar-uarkan sebelum ini, Daihatsu Rocky telah pun dilancarkan di Indonesia. SUV kompak yang juga kembar kepada Toyota Raize, diletakkan di bawah segmen crossover, sama seperti Perodua Ativa di Malaysia.

Ditawarkan pada harga RM214 juta rupiah (RM60,900) dan varian tertinggi pula mencecah 236 juta rupiah (RM67,100). Secara perbandingan, Ativa dijual dari harga RM61,500 untuk model asas X hingga RM72,000 untuk model AV dengan warna dua-tona. Ini bermakna model Perodua mahal sedikit berbanding Rocky di Indonesia.

Bagi penggayaannya, ia hampir sama dengan Rocky untuk pasaran Jepun, dengan gril haksagon besar serta bampar hadapan dan belakang bersudut, disertakan dengan lampu utama LED dan roda aloi dua-tona enam-jejari 17-inci sebagai standard untuk semua varian.

Hanya sedikit perbezaan ditampilkan, termasiklah cermin pintu seperti Ativa (dengan aero fins bagi mengurangkan bunyi bising), door visor dan corong ekzos krom. Tiada lampu nyalaan siang LED diberikan pada sudut bampar, tidak seperti model di Jepun.

Pembeli juga boleh mendapatkan pakej ADS dengan gril krom yang lebih tebal, bersama jaluran gril merah, skid plate hadapan, sisi dan belakang, lencana ADS pada pintu dan jaluran krom pada palang tailgate hitam yang lebih nipis dan mirip dengan Ativa.

Di dalamnya, Rocky versi Indonesia begitu mirip dengan model di Jepun, iaitu papan pemuka yang sama, begitu juga dengan paparan instrumen digital tujuh-inci dan skrin sesentuh infotainmen ala terapung. Juga seperti Ativa, ia diberikan paparan tengah sembilan-inci, turut ditambah port USB pada bahagian tepi dan fungsi Apple CarPlay serta Android Auto.

Turut diberikan ialah enam pembesar suara, dan kawalan pendingin hawa digital push-button yang memiliki rekaan berbeza berbanding Ativa. Antara ciri Ativa yang tidak diberikan pada Rocky ialah butang pengunci pintu berhampiran brek tangan. Manakala kemasukan tanpa kunci, butang penghidup enjin, upholstery fabrik (berbanding kuliy tiruan pada Ativa AV) dan juga kamera undur didatangkan secara standard.

Untuk aspek keselamatannya, Rocky untuk Indonesia agak ‘kurang’ sedikit berbanding model pasaran Jepun dan Ativa. Pakej Bantuan Keselamatan Termaju (ASA) untuk bantuan pemandu ditawarkan secara pilihan tambahan, bukannya standard. Ia merangkumi brek kecemasan. sendiri, bantuan kekal lorong, kepekaan ketibaan hadapan dan kawalan salah guna pedal.

Daihatsu Rocky dilancarkan di Indonesia – 1.2L NA dan 1.0L turbo, M/T atau CVT,  ada ASA, RM61k-RM67k

Walau bagaimana pun kawalan kelajuan adaptif dan bantuan pemusatan lorong, dengan keupayaan pemanduan semi-sendiri Tahap 2, seperti yang ada pada Ativa, tidak diberikan pada Rocky di Indonesia. Bukan itu sahaja, Rocky hanya diberikan hanya dua beg udara (berbanding enam pada Ativa). Tapi kawalan kestabilan dan pengingat pemakaian tali pinggang keledar untuk semua tempat duduk diberikan secara standard.

Secara mekanikalnya, ketika dilancarkan, Rocky diberikan enjin tungga 1KR-VET 1.0 liter pengecas turbo tiga-silinder dengan kuasa 98 PS pada 6,000 rpm dan tork 140 Nm dari 2,400 hingga 4,000 rpm. Namun di Indonesia, ia diberikan dua pilihan enjin, 1KR-VET 1.0T serta unit 1.2 liter NA tiga-silinder. Bukan unit siri NR empat-silinder biasa, unit 1.2 liter dengan DOHC dan Dual VVT-i berkenaan menghasilkan 88 PS dan 112 Nm tork pada 4,500 rpm.

Selain CVT, pelanggan di sana juga mempunyai pilihan terhadap kotak gear manual lima-kelajuan untuk enjin terbabit. Bahkan enjin 1.0T yang sama dengan janaan pada Ativa dengan 98 PS/140 Nm juga didatangkan dengan pilihan 5MT bersama dengan CVT di sana.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required