VIDEO: Perodua Ativa — ulasan terperinci pandu uji

Ada beberapa perkara menepati jangkaan tentang Perodua Ativa, dan begitu jugalah sebaliknya. Di satu sisi, SUV kompak terbaru pengeluar tempatan ini memang menawarkan banyak perkara menarik melalui model berkenaan. Dan, jika dilihat dari sudut latar penawarannya pula, Ativa telah membolehkan lebih ramai orang untuk memanfaatkan teknologi keselamatan yang ada padanya, yang biasanya hanya ada pada model-model dengan tanda harga yang lebih mahal.

Sudah banyak perkara yang diketahui tentang Ativa, dan sebaik meluangkan masa dengannya, lebih banyak pemerhatian yang lebih intim sempat dilakukan. Jika ditanya tentang kelebihan Ativa, jawapannya ini adalah model terbaik Perodua miliki setakat ini — dari segi nilai penawaran keseluruhan. Pasti ada tahu tentang ASA 3.0 dan segala ciri keselamatan aktif pasif padanya menjadi antara kekuatan Ativa.

Tetapi, jika dilihat secara objektif dan membandingkannya dengan pesaing lain yang ada — paling rapat tentulah Proton X50 — Ativa agak ketinggalan dari segi kehalusan dan perincian pembuatan, material serta pemasangan. Ini jelas boleh dirasa terutama jika anda mengendalikan stereng dan memandu.

Paling utama untu dijadikan contoh adalah enjin 1.0L turbo yang digunakannya. Dari segi kuasa, tiada masalah, memadai dengan pakej kompak yang cuba dibawa oleh Ativa. Tetapi dari segi gegaran dan bunyi, ia masih jauh di belakang X50. Deruman pada kebanyakan masa boleh didengar dan dirasai dengan ketara.

VIDEO: Perodua Ativa — ulasan terperinci pandu uji

Material yang digunakan juga didominasi plastik keras — ini tentulah atas sebab kos, dan menyumbang juga kepada imej tidak premium yang ada padanya. Namun, itu bukanlah sasaran Perodua, kita boleh faham. Ativa lebih kepada ingin mengalihkan perhatian pelanggan mereka kepada sebuah model yang lebih versatil dan pelbagai guna, melebihi apa yang ada pada Myvi sendiri misalnya.

Cuma, bagi bakal pembeli yang sentiasa terbuka kepada pilihan dan tidak terlalu terikat dengan tanda harga, maka model-model lain seperti X50 mempunyai banyak lagi hal yang boleh ditawarkan. Namun, dengan tanda harga antara RM62k hingga RM72k Ativa, sukar untuk menafikan pakej yang diberikan oleh SUV ini. Sebagai contoh, beza RM30k antara varian paling tinggi Ativa dan X50 adalah satu jumlah yang besar untuk diabaikan. Atas sebab itu, Ativa akan sentiasa ada ruang dalam pilihan ramai orang. Dan itu yang akan kita lihat kelak.

Sementara itu, tonton ulasan terperinci yang kami sediakan ini untuk mengetahui segala macam hal lain yang belum pernah kami laporkan sebelum ini. Jika ada antara anda yang sudah sempat memandu uji Ativa dan ada pandangan yang berbeza daripada kami, sila nyatakan. Itu mungkin akan merancakkan lagi perbincangan sihat untuk membantu mereka yang ingin membuat pilihan. Selamat menonton.

Perodua Ativa 1.0L Turbo AV 2021

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required