Proton mengumumkan bahawa ia baru sahaja membuka 10 lagi outlet rangkaian jualannya di seluruh Malaysia, dan ia termasuk outlet khas untuk jenama kenderaan tenaga baharu (NEV) Proton eMas. Menurut syarikat itu kesemua 10 cawangan baharu ini melibatkan pelaburan pengedar berjumlah RM15.9 juta serta mewujudkan 210 peluang pekerjaan dalam bidang jualan, servis, teknikal dan khidmat pelanggan.
Sehingga Jun 2026, Proton telahpun memiliki 195 cawangan jualan, termasuk 178 pusat 3S dan 4S bersepadu, manakala Proton eMas mempunyai 58 bilik pameran, 45 pusat servis dan 10 pusat Body & Paint di seluruh negara.
“Kemudahan kepada pelanggan bukan sekadar bergantung kepada lokasi yang dekat, tetapi juga kepada kualiti perkhidmatan yang diterima. Matlamat kami bukan hanya menambah bilangan cawangan, sebaliknya memastikan setiap cawangan mampu memenuhi keperluan pelanggan di kawasan masing-masing serta menawarkan pengalaman yang profesional dan boleh dipercayai,” kata naib CEO Proton, Dato’ Ir. Abdul Rashid Musa.
“Pembukaan 10 cawangan dalam tempoh hanya 10 hari membuktikan kerjasama erat antara Proton, Proton eMas dan rakan pengedar kami. Pelbagai format cawangan ini membolehkan kami meningkatkan akses pelanggan di kawasan bandar, di samping memperkukuhkan perkhidmatan jualan dan selepas jualan di kawasan serantau,”tambahnya.
Selain itu Proton turut memberitahu bahawa pengedar-pengedar sedia ada kini sedan giat menaik taraf fasiliti masing-masing dengan menggunakan identiti korporat baharu sejak separuh kedua tahun 2025. Ia turut sedang meningkatkan keupayaan selepas jualan menerusi pendekatan ‘Faster & Better’ berpandukan ‘3 Komitmen kepada Pelanggan’, termasuk FS90 Fast Service, 1 Day Service Delivery dan sasaran Work-In-Progress (WIP) tidak melebihi tiga hari.
Senarai 10 outlet baharu Proton adalah seperti berikut:
- Wilayah Tengah
- AJG Mobility, Pavilion Bukit Jalil – Proton eMas
- MBf EV Auto, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur – Proton and Proton eMas
- Cahaya Automotif, Kota Damansara – Proton
-
Wilayah Selatan
- Juara Mulia, Adda Heights, Johor – Proton
- Promas EV, Batu Pahat, Johor – Proton eMas
-
Wilayah Utara
- GB Auto, Kulim, Kedah – Proton eMas
- BH Autotech, Taiping, Perak – Proton eMas
-
Wilayah Pantai Timur
- Dunia Motors, Temerloh, Pahang – Proton eMas
- Indah Sari, Kuala Nerus, Terengganu – Proton
-
Malaysia Timur
- Supernau, Batu Kawa, Sarawak – Proton









Proton X90
dari RM106,800
Proton S70
dari RM73,800
Proton eMas 7 PHEV
dari RM109,800
Proton X70
dari RM106,800
Proton Saga
dari RM38,990
Proton eMas 5
dari RM59,800
Proton X50
dari RM89,800
Proton eMas 7
dari RM103,800