Yatri Project One – motosikal elektrik hasil syarikat Nepal, nisbah berat dan kuasa seperti jentera 250 cc

Yatri Project One – motosikal elektrik hasil syarikat Nepal, nisbah berat dan kuasa seperti jentera 250 cc

Semakin banyak pengeluar motosikal elektrik baru yang muncul di seluruh dunia, dan satu daripadanya adalah Yatri Motorcycle, dari Nepal. Setelah berusaha keras membuat penyelidikan dan pembangunan, mereka mendedahkan dua prototaip iaitu Project Zero dan Project One.

Sementara Project Zero menggunakan bentuk naked, Project One pula lebih ke arah motosikal pelbagai guna dengan kedudukan tinggi serta panel badan yang ringkas. Menurut Yatri, Project One boleh memberikan nisbah kuasa kepada berat seperti sebuah motosikal 250 cc biasa.

Ini kerana beratnya cuma 110 kg, dan pakej kuasa yang digunakan boleh menyediakan 19 hp (14 kW) secara maksimum. Kapasiti bateri pada motosikal ini adalah 3.0 kWh, dan dengan cas penuh, ia boleh memberikan jarak gerak sehingga 110 km – sesuai untuk kegunaan harian di bandar.

Yatri Project One – motosikal elektrik hasil syarikat Nepal, nisbah berat dan kuasa seperti jentera 250 cc

Untuk mengecas pula, apabila menggunakan soket biasa di rumah, dengan kuasa 0.5 kW, ia akan mengambil masa kurang daripada enam jam untuk penuh sementara jika menggunakan pengecas pantas 3 kW pula, ia akan penuh dalam masa tidak sampai satu jam.

Harga yang disiarkan untuk Project One ini adalah 495,000 NPR (RM17,146), dan mereka yang berminat sudah boleh menempahnya melalui laman web Yatri Motorcycles dan bayaran pendahuluan 10,000 NPR (RM346) sahaja.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required