Moratorium Pemulih 2021 CIMB — penangguhan tiga atau enam bulan, tetapi dengan kadar faedah tambahan

Moratorium Pemulih 2021 CIMB — penangguhan tiga atau enam bulan, tetapi dengan kadar faedah tambahan

28 Jun lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan moratorium bayaran balik bank selama enam bulan untuk semua. Ia sama dengan apa yang ditawarkan ketika PKP pertama tahun lalu, dan permohonan kini dibuka.

Walaupun institusi kewangan berterusan memberi bantuan berkaitan pinjaman secara bersasar kepada individu yang terkesan dengan Covid-19 dan PKP ini, di bawah rancangan Pemulih, moratorium ini adalah untuk semua — dari kelompok B40 hinggalah kepada T20, serta pengusaha kecil.

Bagi CIMB, laman khusus untuk sokongan dan langkah meringankan beban berkairan Covid-19 kini sudah ada, dan ini perkara yang diperlukan, dengan tumpuan kepada pinjaman kenderaan.

Umumnya, CIMB menawarkan penangguhan bayaran ansuran untuk tiga atau enam bulan, dan pelanggan perlu memilih satu daripadanya. Jika anda mempunyai lebih daripada satu akaun pinjaman, anda perlu memaklumkan kepada bank akaun yang mana satu (atau semua) yang anda inginkan untuk program ini. CIMB boleh dihubungi melalui nombor 03-62047788 atau [email protected]. Bergantung kepada lokasi anda, sesetengah cawangan mungkin dibuka, tetapi waktu operasi dipendekkan — periksa dahulu sebelum anda berkunjung. Anda juga boleh memohon melalui borang ini.

Moratorium Pemulih 2021 CIMB — penangguhan tiga atau enam bulan, tetapi dengan kadar faedah tambahan

Perinciannya. Pertama, anda perlu faham yang moratorium ini bukanlah pemansuhan bayaran pinjaman — anda tidak diberikan pemansuhan untuk tempoh tiga atau enam bulan itu. Sebaliknya, bayaran balik anda itu hanya ditangguhkan bagi tempoh tersebut, dan tempoh pinjaman itu akan dilanjutkan ke belakang, misalnya untuk tempoh enam bulan itu tadi. Ambil maklum juga kadar faedah keseluruhan yang dibayar juga akan lebih tinggi akibat pelanjutan tempoh pinjaman itu.

Senario contoh oleh CIMB di atas melibatkan pinjaman kenderaan tujuh-tahun dengan kadar faedah 3%. Jumlah baki adalah RM37,081 dan ansuran bulanan peminjam adalah RM529. Mereka yang mengambil moratorium enam-bulan akan membayar total RM12,972 bagi kadar faedah bagi tempoh pinjaman tersebut, berbanding jumlah asal RM12,150 — ini melibatkan perbezaan RM822. Jika anda melangsaikan pinjaman itu lebih awal, jumlah tambahan kadar faedah itu akan dijadikan purata mengikut tempoh terlibat.

Faedah tambahan RM822 ini perlu dibayar pada bulan terakhir tempoh pinjaman anda, yang akan menjadi RM1,351 (RM529 + RM822). Ini berbeza daripada membahagikannya ke dalam ansuran bulanan yang terlibat selepas tempoh moratorium tamat. Maksudnya, selepas tamat tempoh moratorium enam-bulan itu, anda akan menyambung bayaran dengan jumlah yang sama iaitu RM529.

Jadi, kalau anda memerlukan moratorium ini, silakan. Tetapi perlu sedar yang ada kadar faedah tambahan yang akan terlibat. Juga perlu faham yang faedah tambahan ini adalah dari pelanjutan tempoh pinjaman dan ia tidak digabungkan ke dalam ansuran sedia ada, seperti dijelaskan tadi. Tentunya, ia bergantung kepada jumlah pinjaman, baki tempoh dan kadar faedah yang dipersetujui sebelumnya.

Moratorium Pemulih 2021 CIMB — penangguhan tiga atau enam bulan, tetapi dengan kadar faedah tambahan

Tidak seperti bantuan bersasar, anda tidak perlu menyediakan sebarang bukti pemotongan gaji atau kehilangan pekerjaan — tiada dokumen yang diperlukan. Walaupun ia terbuka untuk semua dengan kelulusan automatik, peminjam perlu memohon dengan bank dan menandatangani borang perjanjian pinjaman diubah, kerana semua itu perlu direkodkan ke atas kertas dengan jelas.

Jangan susah hati dengan proses permohonan, kerana kelulusan akan diberikan secara automatik bagi peminjam individu. Bagi perniagaan kecil dan sederhana (SME) juga boleh memohon, tetapi untuk syarikat, ia tertakluk kepada penilaian bank dan bukannya dengan kelulusan automatik. Satu perkara lagi, dengan memilih penangguhan bayaran ini, ia tidak akan memberi kesan kepada status dan rating CCRIS individu.

Jika anda ingin memohon, hubungi CIMB dan bank akan menghubungi anda semula dalam masa lima hari untuk urusan dokumen dan tanda tangan. Penangguhan bayaran balik itu akan bermula pada bulan berikutnya selepas permohonan, tapi jika anda ingin ia bermula pada Julai, maklumkan kepada bank. Juga, jika anda memang sudah berada dalam program bantuan bayaran, anda boleh bertukar kepada ini, dan perlu memaklumkan bank.

CIMB juga memaklumkan yang program ini sah kepada pinjaman kenderaan yang baru lulus — anda boleh memohon melalui cara sama. Hubungi CIMB melalui telefon atau email seperti dinyatakan untuk maklumat lanjut. Anda juga boleh mengunjungi cawangannya, jika mahu. Atau, boleh memohon melalui borang ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 

Comments

  • Amri bin Fauthi on Jul 08, 2021 at 1:06 pm

    Ingin memohon moratorium selama 6 bulan

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • MIMI ZAIROL BINTI MOHAMAD MAHAIDIN on Jul 08, 2021 at 1:12 pm

    mohon moratorium kenderaan

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 7
    • Mohd Rhusdi Bin Abd Rashid on Jul 16, 2021 at 7:38 pm

      Adakah moratorium kereta loan saya approved untuk 3 bulan?

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Faridah Binti Yatim on Jul 12, 2021 at 9:59 pm

    Ingin memohon moratarium 6 bulan

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 4
  • abdul aziz bin abdullah jawan on Jul 13, 2021 at 4:36 pm

    bila tamat permohonan moratorium 6 bln ni

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Rizal on Jul 18, 2021 at 8:18 am

    Ingin memohon moratorium selama 6 bulan

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Hanafiah Hanafi on Jul 19, 2021 at 6:35 pm

    Moratorium 3 bulan

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Gani Bin salleh on Jul 21, 2021 at 9:27 am

    Nak mohon moratorium kereta 3 bulan

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • MASS NYADIEW on Jul 24, 2021 at 9:14 am

    NAK MOHON MORATORIUM 6 BULAN TETAPI BAGAIMANA?? AUTOMATIK @ KENA ISI BORANG?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • JAMALKHAIR BIN MOHAMAD on Aug 08, 2021 at 10:29 am

      Kena isi borang. Kemudian kena sign di bank. Leceh sikit CIMB nie. Dia tak auto. Lepas sign perjanjian baru, baru mora tu diluluskan. Lagi leceh kalau kawasan kita tinggal tiada bank CIMB. Dah nak kena rentas negeri. Nak amik surat polis lagi.

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • YUSHARIZAL BIN OSMAN on Jul 28, 2021 at 9:25 pm

    Perlukan moratorium utk mengimbangi hutang dan perbelanjaan

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Mat Mirwan Askander Bin Mat Jusoh on Jul 31, 2021 at 1:26 pm

    Memohon sambungan moratorium selama 6 bulan lagi melalui pekej pemulih.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • SUKRI BIN JUSOH on Aug 09, 2021 at 10:04 am

    Sy dah mohon sminggu lebih penangguhan bayaran kenderaan VBS 9676, dah dpt sms kelulusan dr CIMB. Sampai sekarang sy masih belum menerima apa2 email utk tandatangan perjanjian penangguhan.

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  • nor azila haron on Aug 12, 2021 at 11:51 am

    Saya dah mohon hari tu moratotium untuk 6 bulan, tapi bulan ni masih ada potongan jugak..camna nak semak lulus atau tidak ye??

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • Lee Fung Li on Sep 09, 2021 at 9:22 pm

    I agree moratorium 6 month NDG4689

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Razman on Oct 09, 2021 at 2:16 am

    Persoalan saya IALAH Kenapa Pinjam KERETA saya Jadih lebih 6 bulan sedangkan saya sentiasa Bayar samai ke Hari INI? Dan saya tak pernah memohon untuk INI. Tolong Siapa yg palatau boleh jelas kan. #CIMBMALAYSIA

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Razman on Oct 09, 2021 at 2:17 am

    Persoalan saya IALAH Kenapa Pinjam KERETA saya Jadih lebih 6 bulan sedangkan saya sentiasa Bayar samai ke Hari INI? Dan saya tak pernah memohon untuk INI. Tolong Siapa yg palatau boleh jelas kan.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • KAMARUDDIN @ TARMIZI BIN AJI on Oct 11, 2021 at 10:14 am

    Saya memohon moratorium pinjaman Loan Kereta.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Mohamad Fadzil Bin Wahab on Nov 06, 2021 at 7:52 am

    Momenterium

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Mohamad Fadzil Bin Wahab on Nov 06, 2021 at 7:55 am

    Moratorium 6 bulan

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Mohamad Fadzil Bin Wahab on Nov 06, 2021 at 7:55 am

    Good

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • I Dah mohon tapi Tak tahu mcm Nak tahu Dah lulus,htr borang

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required